Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Tuesday, August 3, 2010

Rumitnya mencari Rujukan Gunpla

Rumitnya dan susahnya untuk mencari bahan rujukan bacaan bagi hobi Gunpla. Sumber bacaan berdasarkan bahasa Inggeris memang tiada dipasaran jauh sekali bahan bacaan tempatan berbahasa Melayu. Samada anda percaya atau tidak setelah sekian lama berkecimpung Awanz terpaksa membaca (sebenarnya melihat gambar) daripada majalah hobi berbahasa Jepun.

2 majalah utama rujukan adalah Dengeki Hobby dan Hobby Japan. Walaupun kedua-dua majalah ini berbahasa Jepun sepenuhnya dan Awanz tidak faham walau sepatah pun isi kandungannya namun ia masih lagi relevan. Relevan kerana tiada pilihan lain.

Melalui bahan bacaan Jepun tersebut ia meningkatkan kreativiti kerana pembaca perlu membuat kesimpulan isi kandungan berdasarkan foto semata-mata. Pepatah mengatakan 'gambar menceritakan beribu cerita'. Ia sangat tepat kerana melalui foto dalam majalah ini Gunpla tempatan didedahkan produk terbaru model Gundam. Ia juga mengajar kaedah menaik-taraf, mengubahsuai dan mewarna Gunpla. Percayalah bahawa foto yang dipaparkan sangat menakjubkan dan merupakan nikmat kepada Gunpla.

Nyata Gunpla tempatan ketandusan bahan bacaan rujukan. Alternatif terbaik adalah merujuk blog dan laman web Gunpla lain. Namun pada Mei 2010 penyelamat hadir. Majalah tempatan berbahasa Melayu sepenuhnya berada dipasaran iaitu Hobi Max.

Majalah ini ibarat setitis air di padang pasir. Isi kandungannya menumpukan kepada Gunpla ternama tempatan. Artikel tentang sejarah 30 tahun Gundam adalah hasil kajian terperinci dan wajar dipuji. Ia juga mendedahkan laman web dan buah tangan daripada Gunpla tempatan. Walaupun dikritik hebat kerana mutu foto dan penulisan yang kurang berkualiti Awanz tetap menyokong tindakan berani Hobi Max. Awanz percaya Hobi Max umpama bayi yang perlu diberi peluang untuk membesar.

Kepada penerbit Hobi Max per'setan'kan cacian daripada Gunpla yang jumud. Terus maju dan 'sampaikan ilmu Gunpla kepada kami walaupun sepotong ayat'.


3 comments:

kaymaroo said...

apa kata kita cari org yg pham bahasa Jepun n translate majalah2 gundam jepun neh?? hehe nk cri org la plak kn

Zoidiect Archaea said...

hobimax=fail

buat bazir rm8 jer....patut jual reger rm4

isu 2 lagi fail...xde show M'sia's modeler pun..
(event coverage xkira)

dengeki ngan hobby japan lagi berbaloi beli

Awanz said...

Selamat Datang Zoidiect,

Sabar bro. Saya tahu pada 17 Julai lepas ko dah hangus RM8. Tapi dari sudut positif ada sesuatu untuk diBACA. Awanz dah lama asyik tengok gambar foto tak habis-habis. Pastu buat andaian sendiri hehe.

Kaymaroo; idea bagus. Tapi sementara nak cari penterjemah tu kita sama-sama tengok gambar je lah ye hehe.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails