Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Saturday, August 21, 2010

Gunpla Builders: Penghargaan kepada Kita!

Pengumuman kepada anda 'penggila' Gunpla semua. Setelah sekian lama kita asyik mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran membina model plastik gundam akhirnya amalan dan hobi kita diiktiraf oleh anime Jepun. Buat julung kalinya pada Ogos 2010 siri animasi mengangkat seorang Gunpla sebagai protagonis/ hero. Sunrise telah melancarkan siri terbaru Gundam yang dikenali sebagai 'GUNPLA BUILDERS; Begining G'

Ia mengisahkan seorang budak bernama Hal Irei yang memasuki dunia  pertarungan  model Gundam setelah dipertemukan dengan model sakti bernama 'Beginning Gundam'. Sedikit demi sedikit Hal Irei memperolehi 'kuasa membina model plastik Gundam'. Model tersebut seterusnya  dimodifikasikan bagi menambah kuasa dan seterusnya bertarung dengan model Gunpla yang lain. 

Sekali imbas jalan ceritanya ditujukan untuk kanak-kanak. Tiada pertikaian politik, agama dan falsafah keamanan diketengahkan. Namun ia sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa yang ingin mendalami teknik modifikasi Gunpla. Kanak-kanak yang dahulunya didedahkan dengan animasi berunsur pertarungan yo-yo, kereta kawalan jauh dan kad-kad pertarungan maya kini didedahkan dengan teknik menaik taraf model Gundam yang semestinya sesuatu yang menarik dan luas untuk dipelajari semua.

Animasi Gundam untuk Gunpla! Pengiktirafan untuk kita semua hehe.

3 comments:

udanggalah said...

Bila agaknya kita dapat mencipta model animasi milik kita setaraf Jepun..?

Awanz said...

Animasi Jepun sudah bertapak hampir se-abad. Kita baru mula. Tapi good news modeller Gundam world class ramai orang malaysia!

kaymaroo said...

mungkin kita perlukan satu siri animasi berdasarkan robot yg mampu menarik minat kebanyakan peminat cerita animasi negara ni @ pun seluruh nusantara bg m`jayakn pelan ni..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails