Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Langkah bina Gundam.

Langkah 1: Pilih model Gundam yang memenuhi citarasa anda. Sebagai permulaan pilihan model berskala 1:100 adalah dicadangkan kerana ianya terperinci dan mudah dipasang.. 
 



Langkah 2: Perhatikan komponen plastik dan kenalpasti nombor kod mewakili anatomi badan Gundam. Komponen tersebut perlu diceraikan terlebih dahulu daripada bingkai plastik sebelum dicantumkan.

 
Langkah 3: Rujuk pada buku panduan berbahasa Jepun. Selidik kod-kod yang dipadankan pada model Gundam. Cantumkan bahagian komponen plastik dengan menggunakan alatan khusus pemotong plastik.






Langkah 4: Setelah beberapa jam/ hari mencantumkan komponen plastik. Hasilnya adalah miniture model Gundam lengkap dan sedia untuk dipamerkan. 

PERINGKAT PAKAR GUNPLA
Gunpla yang mahir tidak akan mempamerkan model Gudam tanpa membuat sebarang modifikasi. Modifikasi tersebut memberi identiti khusus kepada Gunpla seseorang.

Langkah 5: Melicinkan dan mengilap permukaan Gundam agar lebih menyinar.
Langkah 6: Melekatkan pla plate pada bahagian tertentu Gundam. Ia bertujuan untuk mengubah struktur badan Gundam.


Langkah 7: Mengecat Gundam dengan menggunakan berus angin (air brush)




Langkah 8: Melukiskan garisan panel pada permukaan Gundam.

Langkah 9: Melekatkan pelekat/ decal pada Gundam


Related Posts with Thumbnails