Sebelum menerangkan apa itu Gunpal anda perlu mengetahui tentang Plamo. Plamo adalah singkatan kepada 'Plastik Modeler' dan merujuk kepada hobi membina atau meminati hasil model-model plastik. Ia meliputi model plastik berasaskan ketenteraan, bangunan bersejarah, karaktor fantasi, anime dan manga. Individu yang mempunyai kemahiran membina @ mencantumkan model plastik ini dikenali sebagai seorang 'plastik modeler'. Bagi plastik modeler pakar beliau mempunyai kebolehan mengubahsuai model plastik asas kepada model mini yang menyerupai objek sebenar dalam skala kecil. Hasil-hasil Plamo dijadiakan hiasan untuk ditatapi, dipamer dan dihayati oleh peminat seni Plamo.


Hobi Gunpla bermula pada 1980 apabila Bandai mengilangkan model plastik berdasarkan siri Gundam. Populariti model-model tersebut meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kini telah menjalani proses evolusi dan transformasi yang pesat. Seseorang Gunpla sentiasa mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai model plastik Gundam. Model plastik ini sentiasa dipertingkatkan kualiti dan dikeluarkan didalam pelbagai versi.
"Seseorang peminat Gundam tidak semestinya seorang Gunpla. Tetapi seseorang Gunpal secara automatik menjadi seorang peminat Gundam".
