Gundam adalah nama khas bagi robot gergasi @ mecha yang dicipta oleh Sunrise studios pada 1979 bagi rancangan kartun bersiri. 'Gundam' merujuk kepada robot gergasi (mecha) jepun. Pada peringkat awal siri tersebut dikenali sebagai 'Freedom Fighter Gunboy'. Hal ini berikutan tema siri tersebut yang tertumpu kepada perjuangan kemerdekaan oleh robot yang dilengkapi senjata (gun). Ia seterusnya diringkaskan kepada 'Gunboy'.
Namun terima kasih kepada pereka konsep dan animator siri tersebut iaitu Yoshiyuki Tomino dan Hajime Yatate mereka telah menggabungkan perkataan 'Gun' iaitu senjata dengan 'Freedom' iaitu kebebasan sebagai identiti khas robot protagonis siri tersebut. Gundam memperjuangkan idea kebebasan dan kemerdekaan melalui kecanggihan robot-robot bersenjata yang dikawal dari dalam kokpit gundam oleh individu muda (shonen).

Fenomena Gundam terus berkembang sehingga kini ia telah menjana pengikut setia diseluruh pelusok dunia. Pada 2009 sambutan memperingati Ulangtahun ke 30 Gundam dilancarkan dengan promosi dan pertandingan hobi Gunpla. Masa hadapan yang gemilang buat peminat animasi zaman berzaman.