Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Saturday, August 28, 2010

Gundam OO: Cosplay terbaik

OO Raiser tegap
Istilah Costume Roleplay atau lebih dikenali sebagai 'Cosplay' mula diistiharkan didunia pada 1984 oleh Nobuyuki Takahashi di Los Angeles Science Fiction Worldcon. Sejak itu peminat setia anime, mangga dan permainan video mula menggayakan karektor kegemaran masing-masing secara lebih serius. Demam cosplay kini telah melanda tanahair namun pada tahap semi-pro. Comicon adalah antara acara yang menghimpunkan Cosplay profesional dunia.
Renungan Setsuna
 
 Bagi Awanz Cosplay boleh dikategorikan kepada 2 bahagian utama iaitu 'Cosplay Lawak' dan 'Cosplay Real'. Majoriti cosplay sebenarnya gagal mengadaptasi karektor kegemaran malah ia menjadi bahan ketawa. Awanz tidak berminat untuk memaparkan cosplay dalam kategori pelawak. Setelah proses saringan, Awanz persembahkan Cosplay real yang berjaya menghidupkan karektor dari siri Gundam OO. 

Cosplay ini bukti seolah-olah watak animasi memang benar-benar wujud.


Hellelujah misteri
Neil Dillandy sempoi
Tieria tegas
Keayuan Marina Ismail



 

Saturday, August 21, 2010

Gunpla Builders: Penghargaan kepada Kita!

Pengumuman kepada anda 'penggila' Gunpla semua. Setelah sekian lama kita asyik mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran membina model plastik gundam akhirnya amalan dan hobi kita diiktiraf oleh anime Jepun. Buat julung kalinya pada Ogos 2010 siri animasi mengangkat seorang Gunpla sebagai protagonis/ hero. Sunrise telah melancarkan siri terbaru Gundam yang dikenali sebagai 'GUNPLA BUILDERS; Begining G'

Ia mengisahkan seorang budak bernama Hal Irei yang memasuki dunia  pertarungan  model Gundam setelah dipertemukan dengan model sakti bernama 'Beginning Gundam'. Sedikit demi sedikit Hal Irei memperolehi 'kuasa membina model plastik Gundam'. Model tersebut seterusnya  dimodifikasikan bagi menambah kuasa dan seterusnya bertarung dengan model Gunpla yang lain. 

Sekali imbas jalan ceritanya ditujukan untuk kanak-kanak. Tiada pertikaian politik, agama dan falsafah keamanan diketengahkan. Namun ia sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa yang ingin mendalami teknik modifikasi Gunpla. Kanak-kanak yang dahulunya didedahkan dengan animasi berunsur pertarungan yo-yo, kereta kawalan jauh dan kad-kad pertarungan maya kini didedahkan dengan teknik menaik taraf model Gundam yang semestinya sesuatu yang menarik dan luas untuk dipelajari semua.

Animasi Gundam untuk Gunpla! Pengiktirafan untuk kita semua hehe.

Tuesday, August 10, 2010

Monumen Gundam; Masa hadapan cerah

Dunia sememangnya penuh pancaroba. Manusia sentiasa diuji dengan cabaran hidup. Malapetaka gempa,  banjir bah dan salji tebal silih berganti menduga manusia. Kehilangan nyawa dan harta benda menguji iman dan kesabaran. Namun Tuhan menciptakan manusia dengan akal dan keteguhan hati yang kental. Manusia tidak pernah putus asa. Semangat juang manusia ini menjadi inspirasi kepada  Yushiyuki Tomino iaitu pencipta Mobile Suit Gundam untuk mencipta monumen Gundam.

Gundam phone home
Pada 23haribulan Mac 2008 monumen Gundam telah dibina di stesyen keretapi Kamigusa, Jepun. Monumen Gundam RX78-2 digayakan dengan cara jari telunjuk yang menunding ke langit. Ia mengambarkan tentang harapan manusia untuk terus mara ke hadapan. Menurut Tomino ia menunjukkan mesej utama Gundam iaitu 'teknologi daripada Bumi'.


Monumen Gundam ini mengambarkan sinar harapan yang cerah untuk manusia. Ia seolah berkata walau apa pun rintangan dan ranjau yang mendatang umat manusia akan sentiasa bersedia untuk menempuhnya. Hidup mesti diteruskan. Monumen yang menakjubkan yang memungkinkan pelbagai terjemahan yang memberi inspirasi pada manusia.

Friday, August 6, 2010

Senjata Gundam; Menakutkan

Cendawan Atom
Hiroshima sejurus selepas dibom
Tanggal 6 & 9 Ogos 1945 akan terus diingati sebagai detik hitam dunia apabila bom atom diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki. Kehancuran akibat bom atom tersebut amat dahsyat terhadap harta benda dan nyawa. Kesan sampingan akibat pendedahan radioaktif pula berpanjangan selama beberapa generasi.

Si Comel pembunuh
'Little Boy' adalah nama bom atom yang dilepaskan di Hiroshima manakala 'Fat Man' adalah bom atom yang diletuskan di Nagasaki. Nama timangan yang comel namun membunuh. Bardasarkan foto bom atom tersebut ia kelihatan  kecil, ringkas dan tidak merbahaya langsung. 

Sehingga kini dunia masih berdebat tentang kewajaran penggunaan bom atom tersebut. Dari satu sudut ia berjaya menghentikan Perang Dunia Ke-2 serta-merta. Namun adakah harga 230,000 nyawa yang terkorban berbaloi? 

Awanz terpanggil untuk mengimbau nostalgia perit ini apabila diingatkan oleh blogger  (kaymaroo) apa akan berlaku sekiranya teknologi Gundam digunakan untuk tujuan peperangan? Saiz, variasi dan rekaan senjata Gundam memang menggerunkan sekiranya ia benar-benar wujud. 'Little Boy' atau 'Fat Man' seolah mainan jika dibandingkan dengan senjata Gundam. Semakin direnungkan semakin menakutkan!
Little Boy @ Fat Man tak main la bro
     

Wednesday, August 4, 2010

Teknologi Gundam; Penyelamat Dunia

Tahun 2010 dunia dikejutkan dengan malapetaka besar silih berganti. Terkini Pakistan umpamanaya sedang bergelut dengan banjir terbesar dalam sejarah sehingga mengorbankan ratusan penduduk dan memusnahkan jutaan rumah. Nyawa jutaan penduduk Pakistan kini ibarat 'telur dihujung tanduk' kerana penduduknya terperangkap diatas bumbung rumah yang ditengelami banjir. Helikopter tentera Pakistan kini bertungkus lumus mengangkut jutaan penduduk yang terperangkap. Namun secara praktikalnya dengan kapasiti muatan sesebuah helikopter yang terbatas usaha pemindahan penduduk tampak mustahil.

Masalah ini hanya dapat ditangani sekiranya dunia berjaya  membangun teknologi pengangkutan penyelamat yang mampu meredah pelbagai struktur mukabumi. Pengangkutan yang mampu meredah banjir, gunung , api dan rekahan gempa bumi. Teknologi pengangkutan yang juga mampu terbang  dan bergerak bebas tanpa landasan berlepas yang khusus. Teknologi yang paling idealis adalah: Teknologi Robotik Gundam. 

Pada November 2008 gabungan ahli ilmiah Universiti-universiti di Jepun telah menubuhkan 'Akademi Maya Gundam'.  Sebilangan pakar, jurutera, astrophysicis, doktor, anthropologis dan pakar perancang bandar  memerah otak bagi megkaji dan membangunkan terknologi Gundam di dunia nyata. Pakar tersebut berpendapat bahawa teknologi Gundam sebenarnya bukan khayalan tetapi hanya memerlukan masa dan kajian terperinci sebelum boleh dicapai dan diterokai oleh manusia.(sumber dari http://www.timesonline.co.uk/tol/news/science/article5058011.ece )

Gundam Penyelamat bila kamu kan muncul?
Awanz berharap agar kita dapat menyaksikan perkembangan teknologi Gundam ini. Robot Gundam sudah pasti mampu digunakan bagi tujuan murni umpamanya kerja menyelamat mangsa gempa, banjir dan kebakaran. Dengan perkembangan teknologi robotik yang semakin pantas Awanz percaya Gundam yang kita semua nantikan dan diimpikan akan tiba tidak lama lagi.

Dunia sedang menanti ketibaan robot-robot Gundam yang dikendalikan bagi tujuan menyelamat manusia dan bukannya berperang. Jangan berhenti berharap...     
   

Tuesday, August 3, 2010

Rumitnya mencari Rujukan Gunpla

Rumitnya dan susahnya untuk mencari bahan rujukan bacaan bagi hobi Gunpla. Sumber bacaan berdasarkan bahasa Inggeris memang tiada dipasaran jauh sekali bahan bacaan tempatan berbahasa Melayu. Samada anda percaya atau tidak setelah sekian lama berkecimpung Awanz terpaksa membaca (sebenarnya melihat gambar) daripada majalah hobi berbahasa Jepun.

2 majalah utama rujukan adalah Dengeki Hobby dan Hobby Japan. Walaupun kedua-dua majalah ini berbahasa Jepun sepenuhnya dan Awanz tidak faham walau sepatah pun isi kandungannya namun ia masih lagi relevan. Relevan kerana tiada pilihan lain.

Melalui bahan bacaan Jepun tersebut ia meningkatkan kreativiti kerana pembaca perlu membuat kesimpulan isi kandungan berdasarkan foto semata-mata. Pepatah mengatakan 'gambar menceritakan beribu cerita'. Ia sangat tepat kerana melalui foto dalam majalah ini Gunpla tempatan didedahkan produk terbaru model Gundam. Ia juga mengajar kaedah menaik-taraf, mengubahsuai dan mewarna Gunpla. Percayalah bahawa foto yang dipaparkan sangat menakjubkan dan merupakan nikmat kepada Gunpla.

Nyata Gunpla tempatan ketandusan bahan bacaan rujukan. Alternatif terbaik adalah merujuk blog dan laman web Gunpla lain. Namun pada Mei 2010 penyelamat hadir. Majalah tempatan berbahasa Melayu sepenuhnya berada dipasaran iaitu Hobi Max.

Majalah ini ibarat setitis air di padang pasir. Isi kandungannya menumpukan kepada Gunpla ternama tempatan. Artikel tentang sejarah 30 tahun Gundam adalah hasil kajian terperinci dan wajar dipuji. Ia juga mendedahkan laman web dan buah tangan daripada Gunpla tempatan. Walaupun dikritik hebat kerana mutu foto dan penulisan yang kurang berkualiti Awanz tetap menyokong tindakan berani Hobi Max. Awanz percaya Hobi Max umpama bayi yang perlu diberi peluang untuk membesar.

Kepada penerbit Hobi Max per'setan'kan cacian daripada Gunpla yang jumud. Terus maju dan 'sampaikan ilmu Gunpla kepada kami walaupun sepotong ayat'.


Related Posts with Thumbnails