Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Wednesday, August 4, 2010

Teknologi Gundam; Penyelamat Dunia

Tahun 2010 dunia dikejutkan dengan malapetaka besar silih berganti. Terkini Pakistan umpamanaya sedang bergelut dengan banjir terbesar dalam sejarah sehingga mengorbankan ratusan penduduk dan memusnahkan jutaan rumah. Nyawa jutaan penduduk Pakistan kini ibarat 'telur dihujung tanduk' kerana penduduknya terperangkap diatas bumbung rumah yang ditengelami banjir. Helikopter tentera Pakistan kini bertungkus lumus mengangkut jutaan penduduk yang terperangkap. Namun secara praktikalnya dengan kapasiti muatan sesebuah helikopter yang terbatas usaha pemindahan penduduk tampak mustahil.

Masalah ini hanya dapat ditangani sekiranya dunia berjaya  membangun teknologi pengangkutan penyelamat yang mampu meredah pelbagai struktur mukabumi. Pengangkutan yang mampu meredah banjir, gunung , api dan rekahan gempa bumi. Teknologi pengangkutan yang juga mampu terbang  dan bergerak bebas tanpa landasan berlepas yang khusus. Teknologi yang paling idealis adalah: Teknologi Robotik Gundam. 

Pada November 2008 gabungan ahli ilmiah Universiti-universiti di Jepun telah menubuhkan 'Akademi Maya Gundam'.  Sebilangan pakar, jurutera, astrophysicis, doktor, anthropologis dan pakar perancang bandar  memerah otak bagi megkaji dan membangunkan terknologi Gundam di dunia nyata. Pakar tersebut berpendapat bahawa teknologi Gundam sebenarnya bukan khayalan tetapi hanya memerlukan masa dan kajian terperinci sebelum boleh dicapai dan diterokai oleh manusia.(sumber dari http://www.timesonline.co.uk/tol/news/science/article5058011.ece )

Gundam Penyelamat bila kamu kan muncul?
Awanz berharap agar kita dapat menyaksikan perkembangan teknologi Gundam ini. Robot Gundam sudah pasti mampu digunakan bagi tujuan murni umpamanya kerja menyelamat mangsa gempa, banjir dan kebakaran. Dengan perkembangan teknologi robotik yang semakin pantas Awanz percaya Gundam yang kita semua nantikan dan diimpikan akan tiba tidak lama lagi.

Dunia sedang menanti ketibaan robot-robot Gundam yang dikendalikan bagi tujuan menyelamat manusia dan bukannya berperang. Jangan berhenti berharap...     
   

2 comments:

kaymaroo said...

harap2 teknologi 2 nanti x disalah gunakan utk peperangan antara negara lak :-(

Awanz said...

Hmm... sesuatu untuk difikirkan...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails