Hajime Katoki adalah pakar dalam rekaan mekanikal. Dilahirkan pada 1963 bakat beliau dalam penciptaan model Gundam memang tidak boleh disangkal lagi. Sifat beliau yang menekankan penelitian pada butiran terperinci dan pakar didalam menyeimbangkan pembahagian struktur rekabentuk robot telah menarik minat Bandai. Beliau telah ditugaskan untuk menaik taraf dan memodifikasikan rekabentuk Gundam.
Sebagai pengiktirafan kepada bakat beliau pihak Bandai telah mengeluarkan siri model plastik Gundam 'Ver Ka' @ Versi Katoki khusus bersempena nama Hajime Katoki. Model Ver Ka biasanya dikeluarkan dalam siri Master Grade 1/100 dan ia merujuk kepada produk dimana Katoki adalah pereka, pengarah dan pengeluar model tersebut. Ini bermakna beliau secara peribadi memantau proses pembuatan model tersebut terutama skema warna yang digunapakai. Ringkasnya Ver Ka adalah hasil tangan peribadi oleh beliau. Selain daripada itu Katoki juga aktif didalam rekaan permainan komputer antaranya 'Virtual On' dan filem animasi 'Patlabour 2'.
Rekaan Katoki sinonim dengan sifat tegap dan teguh mecha atau Gundam. Lukisan diorama Katoki memberi gambaran pada dunia bagaimana Gundam seharusnya dilihat menjelma pada bumi. Beliau bijak melahirkan ilustrasi Gundam yang seolah-olah wujud dialam nyata. Menurut beliau dengan mengambarkan Gundam dialam nyata, ia dapat membantu manusia menghayati, memahami dan seterusnya menerima kehadiran Gundam di muka bumi kelak. Berikut adalah antara hasil ilustrasi Hajime Katoki yang realistik bertahap dunia.
RX78 2 diselenggara di lapangan terbang |
Memelihara keamanan di pasar air Hong Kong |
Jalan di tutup: Kerja menaik taraf sedang dilakukan |
2 comments:
paling suka gambar no.2 dari atas, mcm real ja.. lukisan tgn ke tu??
Buah tangan 'master' hajime katoki bro. Dia lukis tangan dengan konsep 'dunia bersama-sama dengan Gundam'. Lukisan dia semuanya nampak Gundam macam betul2 wujud
Post a Comment