Obsesi Gundam di Jepun tidak hanya pada model plastik. Walaupun kini Jepun telah mencipta Gundam bersaiz sebenar, namun jauh di satu kawasan bandar kecil bernama Yasu di Jepun satu arca batu Gundam telah diukir dengan teliti dan lengkap. Arca batu setinggi 4 meter dan seberat 10 tan ini diukir pada tahun 2007 dan menjadi tarikan pelancong di bandar kecil Yasu, Jepun. Ia tampak teguh dan kelihatan seolah penjaga keamanan bandar Yasu.
Berbanding dengan model Gundam sebenar di Odaiba yang hanya dapat bertahan untuk pameran bagi tempoh 2 bulan sahaja, arca batu disini kekal sejak tahun 2007 lagi. Tiada siapa yang berhasrat untuk membeli arca Gundam ini walaupun ia sentiasa ditawarkan untuk dijual. Gundam batu bersempena model Gundam Freedom ini sebenarnya mempunyai kisah yang menyeramkan. Arca ini tidak diberikan harga khusus. Namun kepada sesiapa yang berhasrat untuk memiliki arca ini ketahuilah bahawa ia hanya boleh diletakkan dikawasan kubur. Ini kerana arca ini hanya akan dijual sebagai batu nesan! Pembeli arca Gundam ini mesti mati dahulu sebelum memilikinya!
Sehingga kini tiada seorang pun peminat berani mati (diehard fan) Gundam yang mempunyai keberanian untuk membeli batu nesan ini. Setelah hampir 4 tahun batu nesan Gundam ini tetap setia menanti. tuannya. Adakah anda bersedia untuk menjadi tuannya?
0 comments:
Post a Comment