Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Apa itu Gunpla?



Sebelum menerangkan apa itu Gunpal anda perlu mengetahui tentang Plamo. Plamo adalah singkatan kepada 'Plastik Modeler' dan merujuk kepada hobi membina atau meminati hasil model-model plastik. Ia meliputi model plastik berasaskan ketenteraan, bangunan bersejarah, karaktor fantasi, anime dan manga. Individu yang mempunyai kemahiran membina @ mencantumkan model plastik ini dikenali sebagai seorang 'plastik modeler'. Bagi plastik modeler pakar beliau mempunyai kebolehan mengubahsuai model plastik  asas kepada  model mini yang menyerupai objek sebenar dalam skala kecil. Hasil-hasil Plamo dijadiakan hiasan untuk ditatapi, dipamer dan dihayati oleh peminat seni Plamo.
 


Satu cabang utama Plamo adalah Gundam plamodel (Gunpla) yang merujuk kepada kemahiran membina model robot (mecha), kenderaan dan watak plastik semata-mata berdasarkan siri Gundam. Hobi yang memfokuskan kepada pembinaan model plastik Gundam dikenali sebagai Gunpla. Hobi ini boleh dibahagikan kepada ketegori permulaan dan kategori pakar. Seseorang Gunpla yang kreatif akan memodifikasikan model Gundam asas kepada model yang lebih rumit dan lebih teliti.



Hobi Gunpla bermula pada 1980 apabila Bandai mengilangkan model plastik berdasarkan siri Gundam. Populariti model-model tersebut meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kini telah menjalani proses evolusi dan transformasi yang pesat. Seseorang Gunpla sentiasa mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai model plastik Gundam. Model plastik ini sentiasa dipertingkatkan kualiti dan dikeluarkan didalam pelbagai versi.

"Seseorang peminat Gundam tidak semestinya seorang Gunpla. Tetapi seseorang Gunpal secara automatik menjadi seorang peminat Gundam".
Related Posts with Thumbnails