Gundam Hidup!
Sempena Ulangtahun ke-30 Gundam pada 2009, Bandai telah menyiapkan prototaip Gundam saiz sebenar di Odaiba Shiokaze Park, Jepun. Model RX-78 2 yang muncul pada siri pertama 'Mobile Suit Gundam' pada 1979 siap dibina untuk dipamerkan bermula 11.7.2009 sehingga 31.8.2009.
RX-78 2 setinggi 60 kaki (18 meter) dengan rangka utama dibuat daripada keluli manakala badan dibina daripada sebatian gelas fiber yang diperkukuhkan dan disalut oleh plastik. Ia dilengkapi oleh 50 lampu spotlight yang memberi impak dramatik pada waktu malam.
Malangnya anggota RX-78 2 adalah statik kecuali dibahagian leher yang membolehkan kepalanya digerakkan ke kiri/ kanan.
Sebenarnya beberapa cubaan membina model bersaiz sebenar Gundam pernah dilakukan pada 1990an melalui Victory Gundam setinggi 33 kaki dan model Zeta Gundam setinggi 23 kaki di Jepun. Seterusnya pada 2007 model RX 78 bersaiz 1:1 juga pernah dibina di Fuji-Q Highland Park namun model tersebut tidak berdiri tegak dan hanya terbaring diatas tanah.
Oleh itu RX-78 2 yang dibina secara rasmi oleh Projek Bandai G pada 2009 adalah merupakan model terbesar dan paling realistik pernah dibina. Kini terbukti bahawa Gundam benar-benar wujud dan hidup!
Taman Tema Gundam
Bertempat di Tasik Kasagawa di kaki Gunung Fiji Jepun sebuat taman tema Gundam dibina pada 2007. Pelawat berpeluang mengambil bahagian dalam permainan interaktif berkaitan Gundam. Tarikan utama sudah tentu adalah Gundam RX-78 2 bersaiz sebenar! Pelawat diberikan beberapa misi untuk diselesaikan dengan hadiah utama merupakan kebenaran memasuki kokpit Gundam!
Lokasi wajib dilawat oleh GUNPLA hehe.
Ibupejabat Bandai
Bangunan pencakar langit yang terletak di Asakusa Tokyo ini kelihatan sama seperti bangunan yang lain. Bangunan bercirikan moden yang siap dibina pada Jun 1955 ini merupakan Ibupejabat Bandai Co. Limited. Dari jarak jauh tiada sebarang petunjuk untuk mengaitkan bangunan ini sebagai pengeluar produk animasi terkemuka seperti Gundam, Kamen Rider, Dragon Ball, Tamagotchi dan lain-lain.
Namun anda pasti terpegun apabila menghampiri bahagian pintu masuk bangunan ini. Pintu hadapan ibupejabat Bandai memberi masej jelas bahawa mereka adalah syurga kepada animasi dan model mainan terkemuka dunia. Beberapa replika model Bandai seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada anda.
0 comments:
Post a Comment