Minat adalah pra syarat sebelum menceburkan diri sebagai modeler profesional. Awanz memilih untuk menumpukan minat pada model aksi Gundam. Sebenarnya terdapat alternatif model plastik seperti replika kenderaan, kereta kebal, kapal terbang dan figurin animasi.
Seterusnya kita perlu mencari guru bagi mendalami ilmu modeling plastik. Malangnya Modeler profesional untuk dijadikan guru sangat susah dijumpai. Alternatif terbaik adalah dengan melungsuri laman web. Youtube umpamanya memberikan idea tentang modifikasi plastik model. Terdapat juga blog-blog modeler yang bermurah hati berkongsi tip dan panduan modeling. Sebenarnya tanahair kita dilimpahi oleh begitu banyak pakar model plastik.
Pada 14.6.2010 ketika Awanz menghadiri Pesta Buku telah terjumpa dengan buku 'NomoKen'. Buku berbahasa Jepun ini boleh difahami kerana ia memberikan ilustrasi terperinci tentang peralatan modeling. Ia juga memberi panduan tentang modifikasi dan 'airbrush'. Kaedah memotong pla-plate dan membuat garisan (scribing) pada model plastik diterangkan secara terperinci. Moga buku tersebut akan membimbing Awanz mendalami ilmu Gunpla supaya dapat dikongsi bersama.
0 comments:
Post a Comment