Setiap Gunpla wajib mengetahui kaedah meletakkan butiran perincian pada model plastik. Sekiranya model Gundam tidak diperincikan ia umpama 'langit malam tanpa bintang'. Hilang seri model plastik! dan yang paling menakutkan status Gunpla anda sama taraf dengan rakyat kebanyakan hehe.
Sebenarnya teknik perincian boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat daripada proses mewarna menggunakan cat acrylic sehinggalah kepada kaedah cat semburan. Sebenarnya tahap profesionalisme seseorang Gunpla ditentukan berdasarkan kemahiran proses perincian. Sebagai permulaan Awanz ingin berkongsi kaedah perincian yang paling asas dan paling mudah. Kaedah perincian menggunakan 'Gundam marker'.
Gundam marker adalah pen marker khusus keluaran Bandai, Mr. Hobby dll yang amat sesuai untuk diaplikasikan pada model plastik. Penggunaan pen marker tersebut meninggalkan kesan khusus yang benar-benar melekat dan kekal pada model plastik. Dakwat pen marker tersebut tidak tertanggal daripada model plastik dan cepat kering. Kos Gundam marker juga adalah lebih ekonomi berbanding cat semburan.
Terdapat 3 jenis mata pena Gundam marker iaitu:-- Pen marker 'weathering' (kiri pada foto) berdakwat acrylic dengan mata pena lebar seakan berus. Ia digunakan bagi mewarna permukaan model yang luas. Ia biasanya lebih tertumpu kepada proses mebangkitkan kesan usang, lumut dan karat pada model. Kesan sebegini menunjukkan model Gundam yang lebih realistik umpama Gundam telah dimamah usia.
- Pen marker 'panel lining' (tengah pada foto) berdakwat enamel yang dibina dengan mata pena yang sangat halus dan tajam. Ia memudahkan Gunpla untuk melukis dan mewarna garisan halus pada taris panel sudut-sudut model Gundam.
- Pen marker berdakwat acrylic (kanan pada foto) yang dibina dengan mata pena yang lebih kasar tetapi lembut umpama berus cat. Ia digunakan bagi mewarnakan permukaan sederhana luas pada model. Ia alternatif terbaik bagi penggunaan cat acrylic. Mudah digunakan berbanding cara konvensional dimana Gunpla tidak perlu mencampurkan cat acrylic dengan 'thinner'.
Gundam marker adalah kaedah praktikal yang mesti dicuba oleh Gunpla modeling yang baru berkecimpung. Disamping itu sekiranya berlaku KESILAPAN ketika mengunakan Gundam marker ia sangat mudah untuk dipadam. Apabila dakwat Gundam marker masih kering hanya bersihkannya dengan menyapu tisu basah. Sekiranya dakwat Gundam marker telah kering bersihkan bahagian yang salah diwarna dengan tisu basah dicampur thinner. Piece of cake.
Berikut adalah produk Gundam Marker dipasaran. Selamat mencuba Awanz percaya ianya berbaloi.
0 comments:
Post a Comment