Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.
Ketika melancong di Pasar Seni pada hujung minggu lepas Awanz tertarik dengan pelbagai kraftangan dan lukisan yang dipamerkan oleh seniman jalanan. Nilai hasil seni tersebut bukan calang-calang oleh itu hanya golongan berada mampu memilikinya. Dalam masa yang sama tercari-cari juga sekiranya ada seniman yang ada menghasilkan karya bermotifkan Gundam (hehe).
Setelah puas meneroka kesemua gerai memang sah tiada satu pun lukisan Gundam. Mungkinkah Gundam tidak dianggap sebagai karya seni yang sesuai untuk dipamerkan di Galeri Seni? Atau para seniman beraggapan tiada peminat Gundam akan membeli lukisan robot Gundam? Atau mungkinkah istilah 'robot' tidak sesuai untuk digabungkan dan diasimilasikan sebagai karya tradisional? Persoalan yang tidak terjawab.
Namun pada 2005 seorang seniman Jepun bernama Hisashi Tenmyouya secara kreatif telah menghasilkan karya Gundam hasil gabungan unsur moden dan tradisional. Lukisan tersebut yang dinamakan "GUNDAM: Generating Futures" mengambarkan semangat juang dan tradisi samurai pada 'mobile suit' Gundam. Karya tersebut seterusnya dipamerkan di Suntory Museum, Ueno Royal Museum dan sebagainya sebelum akhirnya dijual pada harga USD $615,000-00!. Karya Gundam tersebut memang klasik dan dipenuhi dengan identiti Jepun.
Awanz percaya Gundam mempunyai peminat tersendiri. Alangkah baiknya sekiranya seniman di Pasar Seni dapat menghasilkan lukisan Gundam dengan ciri tradisional tempatan... Siapa tahu ada Gunpla fanatik yang sanggup berhabis untuk membeli karya tersebut.
Bersempena dengan Expo Basel World 2007 iaitu Pameran Jam dan Barang Kemas Terbesar Sedunia di Basel, Switzerland, Bandai Co Ltd dengan beraninya mengumumkan usahasama dengan Ginza Tanaka Jewelery untuk menghasilkan "GUNDAM FIX PLATINUM"!
Usahasama ini merupakan strategi pintar Bandai bagi mempromosikan serta mendedahkan produk dan watak Gundam kepada dunia golongan elit atasan. Gundam RX-78 2 dalam versi platinum tulen berwarna perak cerah memberi simbol entiti Gundam yang tidak dimamah usia, tulen, prestig dan unggul. Gundam Fix Platinum hasil cantuman 89 bahagian anggota badan pula membuktikan ketelitian dan hasil seni yang tidak ternilai.
Gundam Fix Platinum tidak ditawarkan untuk dijual namun anggaran harga pasarannya adalah 30 million yen (sekitar US$250,000). Ia adalah produk Gundam termahal dan paling unik. Ia diperbuat daripada 1,400 gram platinum tulen. Model ini yang direka dan diilhamkan oleh Hajime Katoki sendiri mengambil masa 2 tahun untuk diciptakan. Model ini adalah setinggi 125 mm dan seberat 1.4kg. Selain daripada stuktur binaan model ini yang diperbuat daripada platinum bahagian sisi kepala pula ditakhtakan dengan berlian 0.15 karat.
Gudam termahal ini dipamerkan dari 12 hingga 19 April 2007 dan seterusnya akan disimpan oleh Bandai. Awanz percaya model ini pasti mendapat perhatian dan komen yang positif daripada golongan atasan. Bagi golongan kebanyakan (seperti Awanz hehe) dipersilakan lihat dan hayati keunggulan foto model Gundam Fix Platinum tersebut. Moga-moga tiada isteri para Gunpla sekalian yang mengidam barang kemas Gundam hehe.
Bandai dan Namco adalah 2 nama gergasi dalam bidang tersendiri. Bandai terkenal dengan produk animasi, plasitik modeling dan siri television watak terkenal seperti Ultraman dan Masked Rider. Namco pula merupakan nama besar disebalik produk permainan video seperti siri Tekken dan Resident Evil.
Bermula pada 29hb September 2005 Bandai dan Namco bergabung tenaga dan bersatu sebagai rakan kongsi dibawah nama Namco Bandai Holdings Incorporated. Motif penggabungan adalah kerana pengucupan jumlah pelanggan, kos pengeluaran yang tinggi dan trend terkini pasaran yang mahukan produk murah tetapi berkualiti. Namun adalah sesuatu yang memeranjatkan Awanz apabila membaca kenyataan bersama Namco Bandai tentang penggabungan tersebut iaitu:-
"In the entertainment industry worldwide, global competition has intensified as technological innovations spur the expansion and widespread penetration of information technology networks. In addition, in the domestic Japanese market, the number of children has been decreasing due to declining birth rates, and people's hobbies and interests have diversified. In order to continue to secure sustained profits, we believe we must win customers by aggressively promoting research and development and creating and providing attractive products and services,"
Adakah benar bilangan pelanggan produk Bandai terutamanya semakin berkurangan? Adakah benar bilangan kanak-kanak yang meminati produk berasaskan hobi semakin kurang? Apa yang pasti pihak Bandai sendiri mengakui akan hal ini. Maka sebagai peminat Gunpla marilah kita bersama-sama bersatu hati dan bergabung berkongsi ilmu dan usaha dalam meningkatkan ukhwah dan menyebarkan minat dalam hobi Gunpla ini. Dalam situasi ekonomi yang merudum ia akan menjadi mimpi ngeri sekiranya Bandai lenyap akibat mengalami kerugian.
Awanz berpendapat penggabungan Bandai dan Namco sebenarnya adalah kaedah terbaik bagi meningkatkan kuasa. Penggabungan ini umpama sumber kuasa baru kepada Gundam OO. Disaat Gundam Exia semakin lemah akibat diasak Innovators dan Earth Alliance tiba-tiba terpancar kuasa simpanan senjata sulit ciptaan Areleo Schrunberg: Kuasa TRANS AM diaktifkan!
"Andai dipisah lagu dan irama. Hidup tiada berjiwa, hampa" Tan Sri P.Ramlee
Siri animasi Gundam sentiasa dihiasi dengan runut bunyi yang pelbagai. Runut bunyi penting bagi membangkitkan emosi watak, suasana dan menyampaikan masej dengan lebih berkesan. Pemilihan runut bunyi siri Gundam dilakukan secara terperinci. Jika anda berpendapat pemilihan lagu dibuat secara tangkap muat, fikirkan semula!
Sebenarnya runut bunyi siri Gundam biasanya dinyanyikan oleh artis rakaman ternama Jepun. Kumpulan rock Jepun yang sememangnya kaya dengan stail dan gaya J-Pop menambah karektor pada lagu siri Gundam. Awanz percaya setiap peminat Gundam mempunyai lagu siri Gundam kegemaran masing-masing. Awanz hormat dengan pilihan anda.
Tetapi bagi Awanz runut bunyi terbaik Gundam adalah yang dipersembahkan sebagai lagu tema pembukaan siri Gundam OO Season 1. Single bertajuk 'DAYBREAK'S BELL' dinyanyikan oleh Le'Arc~en~Ciel pada 10.10.2007 telah menduduki tangga teratas carta Oricon Japan. Le'Arc~en~Ciel (bermaksud Pelangai dalam bahasa Perancis) dianggotai oleh Hyde, Tetsuya, Ken dan Yukihiro merupakan kumpulan rock terkenal Jepun dengan penjualan melebihi 13 juta album. Mereka juga terkenal dengan runut bunyi bagi siri animasi Fullmetal Alchmeist bertajuk 'Ready, Steady, Go' dan game Devil May Cry 4 bertajuk 'Drink it Down'. Awanz dengan ini menganugerahkan Runut lagu Terbaik Gundam. Enjoy!
Skala versi 1:144 adalah perintis kepada model plastik Gundam. Ia wujud sejak 1980 dan setelah lebih 30 tahun versi ini telah melalui proses evolusi.
Model RX 78-2 berskala 1:144 adalah yang pertama dikeluarkan Bandai secara terhad bersempena siri animasi Mobile Suit Gundam. Ia sukar dicantum pasangkan. Pergerakan sendi juga terhad dan seseorang Gunpla perlu menggunakan gam bagi menyempurnakan model tersebut. Ia dikeluarkan dalam format satu warna dan oleh kerana kekurangannya ia dikenali sebagai 'NO GRADE' (NG).

Seterusnya pada awal 1980an model 1:144 versi FIRST GRADE (FG) diperkenalkan. Dengan rekabentuk yang diperkemas dan pergerakan sendi yang lebih fleksible ia menjadi kegilaan baru Gunpla. Namun kekurangan ketara pada versi ini adalah cantuman sendi yang kasar. Versi ini hanya menpunyai warna asas karektor Gundam dan oleh itu ia tidak perlu diwarnakan. Hanya 3 model dikeluarkan Bandai iaitu RX 78-2, Zaku II dan Zaku II Commander Type.
Dari masa ke semasa Bandai terus membuat penyelidikan dalam menghasilkan model Gundam yang lebih baik. Usaha mereka membuahkan hasil apabila pada 1990 teknologi bancuhan plastik terutama rekaan 'poly cap' dibahagian sendi gundam diperkenalkan. Polycaps menjadikan model lebih fleksible. Kini bancuhan plastik yang menggunakan teknologi 'System Injection' membolehkan berbagai warna diadaptasikan pada model. Maka lahirlah versi HIGH GRADE (HG) yang mudah dicantumkan tanpa penggunaan gam dan fleksibel. Ciri yang paling utama versi HG adalah rekaan bahagian dalaman (inner frame) dan bahagian luaran (outer frame). Dengan rekaan tersebut model Gundam lebih realistik dan mudah digayakan mengikut citarasa Gunpla.
Kini versi HG adalah sinonim dengan skala 1:144. Versi HG yang dikeluarkan oleh Bandai adalah seperti berikut:-
- High Grade Universal Century (HGUC)
- High Grade Gundam Seed
- High Grade Gundam Seed MSV
- High Grade Fighting Action
- High Grade Gundam OO