Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Saturday, June 19, 2010

Siapa BAKUC?

Para Gunpla pasti pernah bertumbung dengan karektor yang lucu ini. Dia bukan Ray Mesterio atau ahli gusti walaupun tidak dinafikan gaya dan lagaknya agak 'poyo'. Awanz dengan ini memperkenalkan maksot bagi Gunpla sedunia iaitu; BAKUC Bertopeng! Mula diperkenalkan oleh Bandai pada 2006 beliau bergerak bebas serata dunia dengan niat dan tujuan mempromosikan model plastik Gundam. Beliau makan, minum, tidur dan bercakap tentang Gunpla sahaja.

BAKUC adalah kata ringkas bagi 'Bandai Action Kit Universal Cup'. Ia adalah pertandingan model plastik rasmi yang ditaja oleh Bandai Ltd bagi memberi peluang dan mengalakkan setiap Gunpla menunjukkan bakat dan hasil kreativiti masing-masing di peringkat global. Pertandingan akhir Bakuc yang bermula sejak 2003 ini diadakan di Hong Kong pada setiap akhir tahun. Pada waktu tersebut pemenang-pemenang pertandingan model aksi dari setiap negara akan dijemput untuk mengambil bahagian.
Pada mulanya iaitu pada 2003 pertandingan sebegini dikenali sebagai BAKAC - Bandai Action Kit Asia Cup, dan hanya melibatkan 9 negara Asia termasuk Malaysia. Sebenarnya  dinegara kita terdapat jaguh-jaguh Gunpla yang  mahir dan telah memenangi pertandingan ini. Apabila populariti pertandingan ini semakin meningkat maka bermula 2006 negara-negara Eropah seperti  Amerika Syarikat dan Itali mula dijemput untuk mengambil bahagian dan sejak itu ia dikenali sebagai BAKUC.
Berbalik semula kepada maskot Bertopeng BAKUC, ia masih menjadi misteri sehingga kini. Ia tidak mempunyai warganegara khusus dan tidak bernama. Tiada siapa tahu asal usul, agama atau tahap kekuatan yang dimilikinya. Tetapi sekiranya anda peminat Gunpla ketahuilah bahawa beliau adalah pembimbing dan individu yang sentiasa memberi anda maklumat terkini berkenaan model plastik Gundam. Psst... beliau ini berada di setiap perhimpunan Gunpla/ Bakuc. Percayalah... 

Friday, June 18, 2010

Gundam Hidup Terbaru 2010

Demam Piala Dunia 2010 makin membara. Beberapa kejutan dan keputusan perlawanan silih berganti. Kekalahan Perancis dan Sepanyol kepada pasukan kerdil sangat mendukacitakan. Namun dari sudut positif ia menunjukkan tiada apa pun yang mustahil. Messi oh Messi, sememangnya pemain yang menakjubkan. Disaat dunia Gundam semakin Awanz lupakan (buat seketika) tiba-tiba kejutan baru ditemui iaitu: Gundam RX 78-2 Saiz Sebenar terbaru! WOW.


Pada 2009 Gundam saiz 1/1 telah dibina di Odaiba Jepun (sila lihat 'Tahukah Anda' ) .  Amat mengejutkan kerana bermula 24 Julai 2010 sehingga 10.1.2011 sebuah lagi RX 78-2  akan dipamerkan di East Shizuoka Square, Shizuoka Jepun. Perbezaan ketara pada model Gundam kali ini adalah ia dilengkapi dengan 'Pedang Laser'. Kini ia dalam proses pembinaan dan bakal siap bulan depan. Tunggu perkembangan terkini. 

Super Deformed (SD)

Model plastik gundam berskala kecil dan berciri komik. Ia kelihatan comel dan kelakar dan Gundam SD dikenali sebagai 'super cacat' kerana ia  sengaja dibina dengan bentuk fizikal yang tidak sekata. Kepala Gundam SD terutamanya direka berskala besar (Sebenarnya kepala Gundam SD sama besar dengan badannya). Namun dari sudut positif Gundam SD jelas memaparkan riak muka dan ekspresi emosi dan perlakuan Gundam. Ia jelas menunjukkan sikap marah, gembira atau duka. 
Model plastik Gundam SD sangat mudah dan ringkas untuk dipasang siap. Oleh yang demikian pergerakan sendi-sendi anggota badannya sangat terbatas. Model Gundam SD juga memerlukan kerja-kerja mewarna dan modifikasi yang agak teliti sebelum ianya dianggap sempurna. 
Gundam SD dibuat berdasarkan komik dan bukannya berdasarkan siri animasi. Ia juga tidak mempunyai pemandu/ pengawal kokpit kerana ia adalah umpama robot yang bernyawa dan berkarektor peribadi. Antar kategori SD yang terkenal adalah BB Senshi, Ganso SD Gundam,  Musha Gundam dan Knight Gundam.


Tuesday, June 15, 2010

Langkah menjadi Semi-Pro Modeler

Minat adalah pra syarat sebelum menceburkan diri sebagai modeler profesional. Awanz memilih untuk menumpukan minat pada model aksi Gundam. Sebenarnya terdapat alternatif model plastik seperti replika kenderaan, kereta kebal, kapal terbang dan figurin animasi.

Seterusnya kita perlu mencari guru bagi mendalami ilmu modeling plastik. Malangnya Modeler profesional untuk dijadikan guru sangat susah dijumpai. Alternatif terbaik adalah dengan melungsuri laman web. Youtube umpamanya memberikan idea tentang modifikasi plastik model. Terdapat juga blog-blog modeler yang bermurah hati berkongsi tip dan panduan modeling. Sebenarnya tanahair kita dilimpahi oleh begitu banyak pakar model plastik.

Pada 14.6.2010 ketika Awanz menghadiri Pesta Buku telah terjumpa dengan buku 'NomoKen'. Buku berbahasa Jepun ini boleh difahami kerana ia memberikan ilustrasi terperinci tentang peralatan modeling. Ia juga memberi panduan tentang modifikasi dan 'airbrush'. Kaedah memotong pla-plate dan membuat garisan (scribing) pada model plastik diterangkan secara terperinci.  Moga buku tersebut akan membimbing Awanz mendalami ilmu Gunpla supaya dapat dikongsi bersama.


Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010: Impian Gundam Meister 00

11.6.2010: Sepak mula Piala Dunia 2010 bermula. Upacara 4 tahun sekali menjadi sejarah kerana pertama kali dianjurkan oleh negara Afrika. Piala Dunia adalah bukti dunia boleh bersatu dibawah minat yang sama. Dunia aman tanpa konflik dan politik kotor yang diimpikan oleh setiap pejuang Gundam. Ia adalah impian Gundam Meister yang benar-benar menjadi kenyataan: Dunia Tanpa Peperangan (walaupun ia hanya untuk seketika).  
 
Presiden Fifa Sepp Blatter dalam ucapan pembukaan menyifatka Piala Dunia bukan hanya 'permainan yang cantik' tetapi ia adalah upacara yang menghubungkan manusia sejagat. Tepat sekali kerana Dunia akan tertumpu kepda bola sepak. Semangat nasionalisma akan dikongsi oleh masyarakat dunia kerana rakyat Malaysia umpamanya akan menjadi Brazil, England atau Ivory Coast. Piala Dunia di Afrika Selatan amat simbolik kerana ia adalah bukti negara yang dahulunya diambang kehancuran akibat diskriminasi kaum, dasar 'Aparthide' dan bangsa afrika yang mundur kini menjadi sangat maju kerana bersatu.

Masalah dunia hilang buat seketika. Isu Israel, Gaza, Haiti dan tumpahan minyak di Amerika akan dilupakan. Dunia fatamorgana idaman kesemua Gundam Meister 00.  Kini Setsuna, Lockon, Allelujah dan Teire mampu berehat dan bernafas lega. Tiada peperangan hanya keamanan. Moga ucapan aluan oleh masyarakat Afrika Selatan kepada dunia dapat dihayati iaitu:
"Welcome back HOME to all the World"
Related Posts with Thumbnails