Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Sunday, June 20, 2010

Taman Tema Gundam


Bertempat di Tasik Kasagawa di kaki Gunung Fiji Jepun sebuat taman tema Gundam dibina pada 2007. Pelawat berpeluang mengambil bahagian dalam permainan interaktif berkaitan Gundam. Tarikan utama sudah tentu adalah Gundam RX-78 2 bersaiz sebenar! Pelawat diberikan beberapa misi untuk diselesaikan dengan hadiah utama merupakan kebenaran memasuki kokpit Gundam!
Selain itu taman tema ini menyediakan permainan keretapi interaktif gundam dimana pengunjung dibawa memasuki alam 'Universal Centurian Gundam'. Berbagai-bagai karektor daripada siri Gundam Seed, Destiny dan Freedom dipaparkan sebagai hiburan keluarga.

RX 78-2 bersaiz sebenar ini adalah yang pertama dibina di Jepun. Ia bukan satu projek rasmi oleh Bandai namun atas usaha sendiri pengusaha taman tema tersebut. Ia dipercayai sebagai satu-satunya taman tema yang berasaskan animasi Gundam. Sememangnya lokasi wajib dilawati oleh peminat Gundam.  

Saturday, June 19, 2010

Gundam Hidup

Gundam Hidup!

Sempena Ulangtahun ke-30 Gundam pada 2009, Bandai telah menyiapkan prototaip Gundam saiz sebenar di Odaiba Shiokaze Park, Jepun. Model RX-78 2 yang muncul pada siri pertama 'Mobile Suit Gundam' pada 1979 siap dibina untuk dipamerkan bermula 11.7.2009 sehingga 31.8.2009.

RX-78 2 setinggi 60 kaki (18 meter) dengan rangka utama dibuat daripada keluli manakala badan dibina daripada sebatian gelas fiber yang diperkukuhkan dan disalut oleh plastik. Ia dilengkapi oleh 50 lampu spotlight yang memberi impak dramatik pada waktu malam. 

Malangnya anggota RX-78 2 adalah statik kecuali dibahagian leher yang membolehkan kepalanya digerakkan ke kiri/ kanan.  

Sebenarnya beberapa cubaan membina model bersaiz sebenar Gundam pernah dilakukan pada 1990an melalui Victory Gundam setinggi 33 kaki dan model Zeta Gundam setinggi 23 kaki di Jepun. Seterusnya pada 2007 model RX 78 bersaiz 1:1 juga pernah dibina di Fuji-Q Highland Park namun model tersebut tidak berdiri tegak dan hanya terbaring diatas tanah. 

Oleh itu RX-78 2 yang dibina secara rasmi oleh Projek Bandai G pada 2009 adalah merupakan model terbesar dan paling realistik pernah dibina. Kini masyarakat dari serata dunia mempunyai alasan untuk berkunjung ke Odaiba Jepun. Kini semua orang mampu mengatakan bahawa Gundam benar-benar wujud dan hidup! Bandai juga mengumumkan akan membina sebuah lagi RX 78-2 pada 2010 di Shizuoka Jepun. Kerja gila yang memberikan pulangan lumayan kepada Bandai. Ia juga menunjukkan betapa tingginya daya imaginasi dan kreativiti masyarakat Jepun.












Siapa BAKUC?

Para Gunpla pasti pernah bertumbung dengan karektor yang lucu ini. Dia bukan Ray Mesterio atau ahli gusti walaupun tidak dinafikan gaya dan lagaknya agak 'poyo'. Awanz dengan ini memperkenalkan maksot bagi Gunpla sedunia iaitu; BAKUC Bertopeng! Mula diperkenalkan oleh Bandai pada 2006 beliau bergerak bebas serata dunia dengan niat dan tujuan mempromosikan model plastik Gundam. Beliau makan, minum, tidur dan bercakap tentang Gunpla sahaja.

BAKUC adalah kata ringkas bagi 'Bandai Action Kit Universal Cup'. Ia adalah pertandingan model plastik rasmi yang ditaja oleh Bandai Ltd bagi memberi peluang dan mengalakkan setiap Gunpla menunjukkan bakat dan hasil kreativiti masing-masing di peringkat global. Pertandingan akhir Bakuc yang bermula sejak 2003 ini diadakan di Hong Kong pada setiap akhir tahun. Pada waktu tersebut pemenang-pemenang pertandingan model aksi dari setiap negara akan dijemput untuk mengambil bahagian.
Pada mulanya iaitu pada 2003 pertandingan sebegini dikenali sebagai BAKAC - Bandai Action Kit Asia Cup, dan hanya melibatkan 9 negara Asia termasuk Malaysia. Sebenarnya  dinegara kita terdapat jaguh-jaguh Gunpla yang  mahir dan telah memenangi pertandingan ini. Apabila populariti pertandingan ini semakin meningkat maka bermula 2006 negara-negara Eropah seperti  Amerika Syarikat dan Itali mula dijemput untuk mengambil bahagian dan sejak itu ia dikenali sebagai BAKUC.
Berbalik semula kepada maskot Bertopeng BAKUC, ia masih menjadi misteri sehingga kini. Ia tidak mempunyai warganegara khusus dan tidak bernama. Tiada siapa tahu asal usul, agama atau tahap kekuatan yang dimilikinya. Tetapi sekiranya anda peminat Gunpla ketahuilah bahawa beliau adalah pembimbing dan individu yang sentiasa memberi anda maklumat terkini berkenaan model plastik Gundam. Psst... beliau ini berada di setiap perhimpunan Gunpla/ Bakuc. Percayalah... 

Friday, June 18, 2010

Gundam Hidup Terbaru 2010

Demam Piala Dunia 2010 makin membara. Beberapa kejutan dan keputusan perlawanan silih berganti. Kekalahan Perancis dan Sepanyol kepada pasukan kerdil sangat mendukacitakan. Namun dari sudut positif ia menunjukkan tiada apa pun yang mustahil. Messi oh Messi, sememangnya pemain yang menakjubkan. Disaat dunia Gundam semakin Awanz lupakan (buat seketika) tiba-tiba kejutan baru ditemui iaitu: Gundam RX 78-2 Saiz Sebenar terbaru! WOW.


Pada 2009 Gundam saiz 1/1 telah dibina di Odaiba Jepun (sila lihat 'Tahukah Anda' ) .  Amat mengejutkan kerana bermula 24 Julai 2010 sehingga 10.1.2011 sebuah lagi RX 78-2  akan dipamerkan di East Shizuoka Square, Shizuoka Jepun. Perbezaan ketara pada model Gundam kali ini adalah ia dilengkapi dengan 'Pedang Laser'. Kini ia dalam proses pembinaan dan bakal siap bulan depan. Tunggu perkembangan terkini. 

Super Deformed (SD)

Model plastik gundam berskala kecil dan berciri komik. Ia kelihatan comel dan kelakar dan Gundam SD dikenali sebagai 'super cacat' kerana ia  sengaja dibina dengan bentuk fizikal yang tidak sekata. Kepala Gundam SD terutamanya direka berskala besar (Sebenarnya kepala Gundam SD sama besar dengan badannya). Namun dari sudut positif Gundam SD jelas memaparkan riak muka dan ekspresi emosi dan perlakuan Gundam. Ia jelas menunjukkan sikap marah, gembira atau duka. 
Model plastik Gundam SD sangat mudah dan ringkas untuk dipasang siap. Oleh yang demikian pergerakan sendi-sendi anggota badannya sangat terbatas. Model Gundam SD juga memerlukan kerja-kerja mewarna dan modifikasi yang agak teliti sebelum ianya dianggap sempurna. 
Gundam SD dibuat berdasarkan komik dan bukannya berdasarkan siri animasi. Ia juga tidak mempunyai pemandu/ pengawal kokpit kerana ia adalah umpama robot yang bernyawa dan berkarektor peribadi. Antar kategori SD yang terkenal adalah BB Senshi, Ganso SD Gundam,  Musha Gundam dan Knight Gundam.


Related Posts with Thumbnails