Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.
Minat adalah pra syarat sebelum menceburkan diri sebagai modeler profesional. Awanz memilih untuk menumpukan minat pada model aksi Gundam. Sebenarnya terdapat alternatif model plastik seperti replika kenderaan, kereta kebal, kapal terbang dan figurin animasi.
Seterusnya kita perlu mencari guru bagi mendalami ilmu modeling plastik. Malangnya Modeler profesional untuk dijadikan guru sangat susah dijumpai. Alternatif terbaik adalah dengan melungsuri laman web. Youtube umpamanya memberikan idea tentang modifikasi plastik model. Terdapat juga blog-blog modeler yang bermurah hati berkongsi tip dan panduan modeling. Sebenarnya tanahair kita dilimpahi oleh begitu banyak pakar model plastik.
Pada 14.6.2010 ketika Awanz menghadiri Pesta Buku telah terjumpa dengan buku 'NomoKen'. Buku berbahasa Jepun ini boleh difahami kerana ia memberikan ilustrasi terperinci tentang peralatan modeling. Ia juga memberi panduan tentang modifikasi dan 'airbrush'. Kaedah memotong pla-plate dan membuat garisan (scribing) pada model plastik diterangkan secara terperinci. Moga buku tersebut akan membimbing Awanz mendalami ilmu Gunpla supaya dapat dikongsi bersama.
11.6.2010: Sepak mula Piala Dunia 2010 bermula. Upacara 4 tahun sekali menjadi sejarah kerana pertama kali dianjurkan oleh negara Afrika. Piala Dunia adalah bukti dunia boleh bersatu dibawah minat yang sama. Dunia aman tanpa konflik dan politik kotor yang diimpikan oleh setiap pejuang Gundam. Ia adalah impian Gundam Meister yang benar-benar menjadi kenyataan: Dunia Tanpa Peperangan (walaupun ia hanya untuk seketika).
Presiden Fifa Sepp Blatter dalam ucapan pembukaan menyifatka Piala Dunia bukan hanya 'permainan yang cantik' tetapi ia adalah upacara yang menghubungkan manusia sejagat. Tepat sekali kerana Dunia akan tertumpu kepda bola sepak. Semangat nasionalisma akan dikongsi oleh masyarakat dunia kerana rakyat Malaysia umpamanya akan menjadi Brazil, England atau Ivory Coast. Piala Dunia di Afrika Selatan amat simbolik kerana ia adalah bukti negara yang dahulunya diambang kehancuran akibat diskriminasi kaum, dasar 'Aparthide' dan bangsa afrika yang mundur kini menjadi sangat maju kerana bersatu.
Masalah dunia hilang buat seketika. Isu Israel, Gaza, Haiti dan tumpahan minyak di Amerika akan dilupakan. Dunia fatamorgana idaman kesemua Gundam Meister 00. Kini Setsuna, Lockon, Allelujah dan Teire mampu berehat dan bernafas lega. Tiada peperangan hanya keamanan. Moga ucapan aluan oleh masyarakat Afrika Selatan kepada dunia dapat dihayati iaitu:
"Welcome back HOME to all the World"
Serangan berat sebelah Zeon terhadap bumi menjadikan the Earth Federation terdesak kerana Zeon memiliki kekuatan robot mobile suit manakala bumi hanya memiliki angkatan tentera. Namun dalam diam pihak bumi telah menubuhkan Operation V di lokasi Side 7. Misi rahsia Operation V adalah mengkaji dan mencipta robot mobile suit khusus bagi menangkis serangan Zeon.
Kejayaan terawal Operation V adalah penciptaan pedang sinar laser dan meriam kapal yang boleh dipadankan dengan mobile suit. Seterusnya 3 model cubaan (prototype) disiapkan iaitu:
1. RX-75 Guntank dipandu oleh Ryu Jose
2. RX-77 Guncannon dipandu oleh Kai Shiden
3. RX-78 Gundam
Malangnya sebelum ketiga-tiga model cubaan ini berjaya dilancarkan Side 7 telah diserang Zeon. 2 mobile suit Zeon terkejut apabila mendapat tahu projek rahsia Operation V dan segera berusaha untuk memusnahkan model cubaan RX tersebut. Pada saat kritikal ini Amuro Ray secara bidan terjun memasuki kokpit RX-78 2 Gundam.
18 September 0079 Universal Century akan terus menjadi tarikh keramat PERTEMPURAN PERTAMA MOBILE SUIT ZEON VS MOBILE SUIT GUNDAM. Pertempuran hidup dan mati antara askar terlatih Zeon dengan orang awam Side 7. Kemahiran Amuro Ray mengendalikan RX Gundam dalam tempoh singkat sangat mengagumkan Earth Federation. Justeru setelah Amuro Ray memenangi pertempuran tersebut beliau terus ditabalkan sebagai pemandu rasmi model RX 78 Gundam.
Pasti anda terperasan tentang kewujudan 2 jenis model Gundam di pasaran. Model Gundam tersebut amat mirip NAMUN mempunyai harga yang jauh berbeza. PENGUMUMAN: Model Gundam Murah adalah TIRUAN! Gundam asli adalah yang dikeluarkan oleh hanya 1 syarikat iaitu Bandai.
Gundam tiruan keluaran TT HONGLI adalah produk China. Tiada maklumat rasmi tentang syarikat TT Hongli tetapi ia sangat popular dikalangan Gunpla yang kurang berkemampuan. Pertikaian isu hakcipta Gundam telah dibawa ke Mahkamah oleh Bandai namun kerana permintaan yang tinggi Gundam TTHongli masih mudah diperolehi dipasaran gelap.
Gundam TTHongli berwarna kusam dan amat kasar tetapi plastiknya lebih berkilat. Proses pasang siapnya pula tidak menjanjikan hasil yang terbaik. Permukaan model tidak sekata dan susah untuk dicantumkan. Dari sudut positif Gundam TT Hongli sesuai untuk diubahsuai bagi projek 'diorama' kerana seseorang Gunpla tidak terkilan untuk memotong @ memecah @ menghancurkan Gundam tiruan (hehe). Ia jugasesuai untuk dihadiahkan kepada Gunpla bawah umur dan sebagai bahan uji kaji bagi kerja mewarna 'air brush'.
GUNPLA sejati hanya memilih BANDAI. Say NO to IMITATION. Hargai Hak Cipta.
Masyarakat majmuk Malaysia hidup aman dan damai walaupun ada kalanya kita didedahkan dengan konflik. Bagi Awanz konflik antara kaum adalah sesuatu yang normal dan 1 cara kita saling mengenali , menghormati dan memahami. Namun kita jangan alpa dan wajib berusaha mencari seberapa banyak titik pertemuan. Hobi Gunpla/ Gundam adalah antara titik penyatuan kita. Gundam bersifat global kerana ia tiada sempadan & diminati oleh masyarakat dunia.
Gundam membawa unsur masyarakat timur & sejagat. Gundam Seed mengajar dunia erti persahabatan antara Kira Yamato dengan Athrun Zala. Gundam 00 pula mendedahkan perjuangan 4 Gundam Meister menamatkan peperangan di bumi. Setsuna FSeiei menunjukkan keazaman mangsa peperangan yang mampu mengubah dunia. Kelembutan Puteri Marina Ismail pula mampu meruntun jiwa keras pihak yang bertelagah sehingga berdamai dan bersatu.
Hayati perjuangan Gundam. Cintai Kedamaian. Gundam ada dalam diri setiap individu. Persoalannya; Gundam akan kita pandu kearah kebaikan @ kehancuran? 1 MALAYSIA.