Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Friday, August 6, 2010

Senjata Gundam; Menakutkan

Cendawan Atom
Hiroshima sejurus selepas dibom
Tanggal 6 & 9 Ogos 1945 akan terus diingati sebagai detik hitam dunia apabila bom atom diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki. Kehancuran akibat bom atom tersebut amat dahsyat terhadap harta benda dan nyawa. Kesan sampingan akibat pendedahan radioaktif pula berpanjangan selama beberapa generasi.

Si Comel pembunuh
'Little Boy' adalah nama bom atom yang dilepaskan di Hiroshima manakala 'Fat Man' adalah bom atom yang diletuskan di Nagasaki. Nama timangan yang comel namun membunuh. Bardasarkan foto bom atom tersebut ia kelihatan  kecil, ringkas dan tidak merbahaya langsung. 

Sehingga kini dunia masih berdebat tentang kewajaran penggunaan bom atom tersebut. Dari satu sudut ia berjaya menghentikan Perang Dunia Ke-2 serta-merta. Namun adakah harga 230,000 nyawa yang terkorban berbaloi? 

Awanz terpanggil untuk mengimbau nostalgia perit ini apabila diingatkan oleh blogger  (kaymaroo) apa akan berlaku sekiranya teknologi Gundam digunakan untuk tujuan peperangan? Saiz, variasi dan rekaan senjata Gundam memang menggerunkan sekiranya ia benar-benar wujud. 'Little Boy' atau 'Fat Man' seolah mainan jika dibandingkan dengan senjata Gundam. Semakin direnungkan semakin menakutkan!
Little Boy @ Fat Man tak main la bro
     

2 comments:

nurmisnan said...

salam
sedih dgn lihat apa yg berlaku
perang sana sini

wanita dan kanak2 menjadi mangsa

Awanz said...

Hi Nur, jangan sedih sebab itu semua iktibar bagi kita khususnya rakyat Malaysia. Kekalkan keamanan dan doa untuk keselamatan bersama.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails