Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Tuesday, August 10, 2010

Monumen Gundam; Masa hadapan cerah

Dunia sememangnya penuh pancaroba. Manusia sentiasa diuji dengan cabaran hidup. Malapetaka gempa,  banjir bah dan salji tebal silih berganti menduga manusia. Kehilangan nyawa dan harta benda menguji iman dan kesabaran. Namun Tuhan menciptakan manusia dengan akal dan keteguhan hati yang kental. Manusia tidak pernah putus asa. Semangat juang manusia ini menjadi inspirasi kepada  Yushiyuki Tomino iaitu pencipta Mobile Suit Gundam untuk mencipta monumen Gundam.

Gundam phone home
Pada 23haribulan Mac 2008 monumen Gundam telah dibina di stesyen keretapi Kamigusa, Jepun. Monumen Gundam RX78-2 digayakan dengan cara jari telunjuk yang menunding ke langit. Ia mengambarkan tentang harapan manusia untuk terus mara ke hadapan. Menurut Tomino ia menunjukkan mesej utama Gundam iaitu 'teknologi daripada Bumi'.


Monumen Gundam ini mengambarkan sinar harapan yang cerah untuk manusia. Ia seolah berkata walau apa pun rintangan dan ranjau yang mendatang umat manusia akan sentiasa bersedia untuk menempuhnya. Hidup mesti diteruskan. Monumen yang menakjubkan yang memungkinkan pelbagai terjemahan yang memberi inspirasi pada manusia.

3 comments:

nurmisnan said...

salam awanz
minuman gundam ya..
1st time aku dgr..
menunding jari ke langit
harapan manusia utk mara kehadanapan

hmmmm... menarik bunyinya =)

nurmisnan said...

sorry brother..
correction : Monumen Gundam
keyboard buat hal der..

Awanz said...

Biasalah cik Nur, bulan puasa ni memang asyik ingat 'minuman' n makanan je hehe. Terus mara ke hadapan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails