Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.

Monday, May 24, 2010

Kategori Pengamal

Membina model plastik Gundam (Plamo) yang bermula sejak 1880an di Jepun dan seterusnya di dunia barat sudah mempunyai pengikut yang setia di seluruh dunia.  Berbanding dengan hobi membina model kenderaan atau kapal terbang umpamanya Awanz berpendapat hobi membina model Gundam memerlukan imaginasi tertinggi daripada pengamalnya. Ini kerana ia bergantung sepenuhnya kepada objek yang hanya wujud dalam siri animasi. Tiada objek sebenar boleh dijadikan rujukan atau perbandingan. Model Gundam adalah eksperesi unik setiap pengamalnya.
 
Secara asasnya hobi membina model Gundam boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-
  1. Pasang siap (Snap fitting) : Ia adalah kemahiran asas yang diperlukan bagi pengamal. Cuma caraikan komponen model dan cantumkan berpandukan manual.Hasilnya adalah model yang lengkap tetapi kusam dan kurang bermaya.
  2. Penelitian (Detailing) : Setelah selesai proses pasang siap pengamal akan mewarnakan garisan pada panel model Gundam sahaja bagi menimbulkan efek tegap dan gah pada model. Garisan halus pada panel model diwarnakan menggunakan pen khas Gundam.
  3. Modifikasi: Peringkat tertinggi dimana pengamal akan membuat penambahan garisan pada panel model Gundam. Ia seterusnya digilap, ditambah dengan 'pla plate' dan diwarnakan. Sendi-sendi model juga ditokok tambah supaya pergerakan model lebih fleksibel. 
Sebagai peminat Gundam yang baru berjinak-jinak Awanz telah dengan mudah menguasai kategori pertama hobi membina model. Walaupun agak sukar memahami arahan yang keseluruhannya berbahasa Jepun namun ilustrasi pemasangan sebenarnya banyak membantu Awanz. Ia tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Model Gundam pasang siap yang pertama adalah 'Freedom Gundam' (atas).



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails