Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.
Lagenda Gundam bermula apabila Earth Federation mula ditentang oleh Principality of Zeon. Zeon mempunyai kelebihan teknologi robotik yang dikenali sebagai Mobile Suit. Bagi menghadapi tentangan Zeon, Earth Federation secara rahsia mencipta senjata terhebat iaitu Gundam. Apabila rahsia senjata Earth Federation terbongkar Zeon cuba merampasnya dengan menyerang side7 dimana Amuro Ray menetap.
Zeon membunuh penduduk side 7 termasuk bapa Amuro Ray iaitu saintis yang mencipta RX-78 2. Dalam kekalutan dan kacau bilau Amuro Ray diserahkan dengan manual kawalan Gundam. Tanpa memahami isi kandungan manual tersebut Amuro Ray terserempak dengan RX-78 2 yang terbiar tanpa pemandu. Demi menghalang Mobile Suit Zeon sewenang-wenang membunuh orang ramai dan bagi melindungi rakan-rakannya Amuro Ray secara spontan memasuki kokpit kawalan RX-78 2. Berpandukan buku manual ditangan Amuro Ray mula merintis sejarah sebagai perintis Gundam! The rest is legend beb.
Perkakasan asas bagi Gunpla adalah mudah iaitu gunting. Bagi pemalas anda boleh sahaja memulaskan komponen plastik daripada blok plastik secara manual(hehee). Tetapi sebagai peminat hobi Gunpla yang berdedikasi dan profesional berikut adalah perkakasan wajib/ asas iaitu:-
- Pemotong (Cutter)
- Pengasah (Sanding tools)
- Pisau
- Kertas pasir
- Gundam marker
Perkakasan yang paling penting adalah Pemotong. Penggunaan pemotong yang sesuai memastikan komponen plastik Gundam dapat dipisahkan daripada blok-blok plastik dengan kemas. Ia juga mengelakkan kecederaan pada jari dan yang paling penting anda kelihatan profesional.
Membina model plastik Gundam (Plamo) yang bermula sejak 1880an di Jepun dan seterusnya di dunia barat sudah mempunyai pengikut yang setia di seluruh dunia. Berbanding dengan hobi membina model kenderaan atau kapal terbang umpamanya Awanz berpendapat hobi membina model Gundam memerlukan imaginasi tertinggi daripada pengamalnya. Ini kerana ia bergantung sepenuhnya kepada objek yang hanya wujud dalam siri animasi. Tiada objek sebenar boleh dijadikan rujukan atau perbandingan. Model Gundam adalah eksperesi unik setiap pengamalnya.
Secara asasnya hobi membina model Gundam boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-
- Pasang siap (Snap fitting) : Ia adalah kemahiran asas yang diperlukan bagi pengamal. Cuma caraikan komponen model dan cantumkan berpandukan manual.Hasilnya adalah model yang lengkap tetapi kusam dan kurang bermaya.
- Penelitian (Detailing) : Setelah selesai proses pasang siap pengamal akan mewarnakan garisan pada panel model Gundam sahaja bagi menimbulkan efek tegap dan gah pada model. Garisan halus pada panel model diwarnakan menggunakan pen khas Gundam.
- Modifikasi: Peringkat tertinggi dimana pengamal akan membuat penambahan garisan pada panel model Gundam. Ia seterusnya digilap, ditambah dengan 'pla plate' dan diwarnakan. Sendi-sendi model juga ditokok tambah supaya pergerakan model lebih fleksibel.
Sebagai peminat Gundam yang baru berjinak-jinak Awanz telah dengan mudah menguasai kategori pertama hobi membina model. Walaupun agak sukar memahami arahan yang keseluruhannya berbahasa Jepun namun ilustrasi pemasangan sebenarnya banyak membantu Awanz. Ia tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Model Gundam pasang siap yang pertama adalah 'Freedom Gundam' (atas).
Bapa kepada semua Gundam. RX 78 prototype 1 direka oleh
Yoshiyuki Tomino sebagai robot berbaju kebal yang dilengkapi pedang kendo. Berwarna kelabu asap, kusam dan legap menunjukkan sifat asal Gundam selaku senjata pertahanan dengan ciri samurai.
Ia sepatutnya muncul pada siri 'Freedom Fighter Gunboy' pada 1979 namun pihak penerbitan iaitu Sunrise tidak meluluskannya kerana berpendapat warna legap tersebut tidak dapat menarik peminat. Akhirnya RX-78 1 tidak dilancarkan dan sirinya dibatalkan!
Seterusnya hasil perbincangan antara
Tomino dan
Kunio Okawara RX-78 1 telah dimodifiakasi dan dinaik taraf menjadi RX-78 2. Kini ia menjadi lebih berwarna-warni dan diluluskan buat pertama kalinya melalui siri 'Mobile Suite Gundam'. Walaupun RX-78 protoype 1 gagal dilancarkan namun rekaan asal tersebut tetap menjadi lagenda dan rujukan kepada model RX seterusnya.
Bagi Awanz watak RX-78 1 memberi masej bahawa dengan sifat yang kental dan tegar kita mampu mencipta tapak didalam lebaran sejarah. Semestinya kini sang bapa pasti berbangga melihat kejayaan anak-anaknya hehe.
Model plastik Gundam boleh dikategorikan kepada 5 skala utama iaitu:-
A. Skala 1:144: Ia adalah skala pertama dan dikeluarkan oleh Bandai. Ia muncul sejak 1980. Pergerakan sendi-sendi model adalah terbatas. Juga dikenali sebagai 'No Grade' atau 'Perfect Grade'. Pada 2010 model terbaru dengan butiran terperinci yang dikenalai sebagai 'Real Grade'
B. Skala 1:100: Mula diperkenalkan pada 1979 dengan RX-78 sebagai
model pertama. Ia juga dikenali sebagai 'High Grade' dan 'Master Grade' kerana ia telah siap diwarnakan dengan butiran yang lebih terperinci dibina pada bahagian anggota Gundam.
C: Skala 1:60: Butiran terperinci pada model diperkaya dengan LED mentol bagi menimbulkan suasana dramatik. Ia dikenali sebagai 'High Grade EX' dan 'Perfect Grade'.
D: Skala 1:48: Mula diperkenalkan pada tahun 2010. Ia adalah saiz terbesar dan dikenali sebagai 'Mega Size Model'.
E: Super Deformed (SD): Model Gundam bersifat komikal. Ciri utama adalah saiz kepala Gundam yang besar dengan ekspresi emosi pada wajah Gundam. Ia bersaiz kecil dan memerlukan modifiksi untuk siap sepenuhnya.
Plamo merujuk kepada hobi membina atau meminati hasil model-model plastik. Ia meliputi model plastik berasaskan ketenteraan, bangunan bersejarah, karaktor fantasi, anime dan manga. Kemahiran seseorang plamo adalah kebolehan mengubahsuai model plastik menyerupai objek sebenar dalam skala kecil. Hasil-hasil Plamo dijadiakan hiasan untuk ditatapi, dipamer dan dihayati oleh peminat seni Plamo.
Satu cabang utama Plamo adalah
Gunpla ( Gundam Plastik)
yang merujuk kepada kemahiran membina model robot (mecha), kenderaan dan watak plastik berdasarkan siri Gundam. Ia bermula pada 1980 apabila Bandai mengilangkan model plastik berdasarkan siri Gundam. Populariti model-model tersebut meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kini telah menjalani proses evolusi dan transformasi yang pesat.
Bagi pembelian pertama model plastik Gundam ia adalah satu misteri tentang isi kandungan kotak Gudam. Apa yang telah anda belanjakan kini dibongkar. Peringatan: Isi kandungan sesuatu model gundam berbeza mengikut saiz model. Bagi model 1:100 ia mengandungi:-
1. Buku Panduan Pemasangan. Amaran! Jangan terkejut apabila mendapati ia ditulis dalam Bahasa Jepun. Ilustrasi pemasangan boleh difahami.
2. Kepingan Blok plastik model
3. Sticker
Salah faham utama yang pasti berlaku kepada pembeli baru model Gundam adalah; Mengapa model yang telah siap dipasang TIDAK SAMA dengan foto model pada kotak? Kenapa model kusam dan lesu berbanding foto pada kotak?
Sukacita dimaklumkan bahawa foto/ ilustrasi pada kotak model adalah rupa bentuk Gundam setelah PROSES UBAHSUAI. Proses ini merangkumi kerja-kerja kreatif seperti mewarna, garisan panel, mengilat dan melekatkan sticker tambahan. Awanz percaya kreativiti anda masing-masing akan membuatkan model Gundam unik mengikut individu.
Model Gundam merujuk kepada pemasangan dan penyambungan model kit plastik bagi membentuk watak robot Gundam dalam skala kecil. Kemahiran atau hobi membina model gundam dikenali sebagai Gunpla (Gundam Plastic Modeling) dan digilai oleh peminat anime sebagai cenderahati dan hiasan meja.
Model Gudam umumnya dibahagikan kepada 3 saiz iaitu 1:144, 1:100 dan 1:60. Versi pertama model gundam adalah RX-87 menerusi siri "Mobile Suit Gundam'. Model Plastik Gundam kini merupakan hobi yang menguji kemahiran dan imaginasi individu. Memodifikasikan model gundam sangat dihargai oleh peminat tegar. Misi Awanz adalah untuk merevolusikan bidang plastik model gundam. Tunggu dan Lihat!
Gundam adalah nama khas bagi robot gergasi @ mecha yang dicipta oleh Sunrise studios pada 1979 bagi rancangan kartun bersiri. 'Gundam' merujuk kepada robot gergasi (mecha) jepun. Pada peringkat awal siri tersebut dikenali sebagai 'Freedom Fighter Gunboy'. Hal ini berikutan tema siri tersebut yang tertumpu kepada perjuangan kemerdekaan oleh robot yang dilengkapi senjata (gun). Ia seterusnya diringkaskan kepada 'Gunboy' (haha lawaknya).
Namun terima kasih kepada pereka konsep dan animator siri tersebut iaitu Yoshiyuki Tomino dan Hajime Yatate mereka telah menggabungkan perkataan 'Gun' iaitu senjata dengan 'Freedom' iaitu kebebasan sebagai identiti khas robot protagonis siri tersebut. Gundam memperjuangkan idea kebebasan dan kemerdekaan melalui kecanggihan robot-robot bersenjata yang dikawal dari dalam kokpit gundam oleh individu muda (shonen).
Bermula dari perkatan 'Gundam' kartun bersiri tersebut telah membuka mata dunia kepada teknologi rekaan robot sebagai senjata peperangan (atau anti peperangan) yang realistik sejak tahun 1980an.