Perintis Blog hobi Gundam/ Gunpla berbahasa Melayu. Memartabat minat dan kreativiti individu ke tahap antarabangsa. Warisi minat dan kemahiran Gunpla kepada dunia.
Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!
Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu! Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu
Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.
Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.
Yoo...ayoo... kita... Ganjang... Ganjang... Malaysia Ganjang... Malaysia Bulatkan tekad Semangat kita badja Peluru kita banjak Njawa kita banjak Bila perlu satoe-satoe!
Soekarno
This Blog has been Frozen by Indonesian Newbie
|
OO Raiser tegap |
Istilah Costume Roleplay atau lebih dikenali sebagai 'Cosplay' mula diistiharkan didunia pada 1984 oleh Nobuyuki Takahashi di Los Angeles Science Fiction Worldcon. Sejak itu peminat setia anime, mangga dan permainan video mula menggayakan karektor kegemaran masing-masing secara lebih serius. Demam cosplay kini telah melanda tanahair namun pada tahap semi-pro. Comicon adalah antara acara yang menghimpunkan Cosplay profesional dunia.
|
Renungan Setsuna |
Bagi Awanz Cosplay boleh dikategorikan kepada 2 bahagian utama iaitu 'Cosplay Lawak' dan 'Cosplay Real'. Majoriti cosplay sebenarnya gagal mengadaptasi karektor kegemaran malah ia menjadi bahan ketawa. Awanz tidak berminat untuk memaparkan cosplay dalam kategori pelawak. Setelah proses saringan, Awanz persembahkan Cosplay real yang berjaya menghidupkan karektor dari siri Gundam OO.
Cosplay ini bukti seolah-olah watak animasi memang benar-benar wujud.
|
Hellelujah misteri |
|
Neil Dillandy sempoi |
|
Tieria tegas |
|
Keayuan Marina Ismail |
Pengumuman kepada anda 'penggila' Gunpla semua. Setelah sekian lama kita asyik mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran membina model plastik gundam akhirnya amalan dan hobi kita diiktiraf oleh anime Jepun. Buat julung kalinya pada Ogos 2010 siri animasi mengangkat seorang Gunpla sebagai protagonis/ hero. Sunrise telah melancarkan siri terbaru Gundam yang dikenali sebagai '
GUNPLA BUILDERS; Begining G'
Ia mengisahkan seorang budak bernama Hal Irei yang memasuki dunia pertarungan model Gundam setelah dipertemukan dengan model sakti bernama 'Beginning Gundam'. Sedikit demi sedikit Hal Irei memperolehi 'kuasa membina model plastik Gundam'. Model tersebut seterusnya dimodifikasikan bagi menambah kuasa dan seterusnya bertarung dengan model Gunpla yang lain.
Sekali imbas jalan ceritanya ditujukan untuk kanak-kanak. Tiada pertikaian politik, agama dan falsafah keamanan diketengahkan. Namun ia sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa yang ingin mendalami teknik modifikasi Gunpla. Kanak-kanak yang dahulunya didedahkan dengan animasi berunsur pertarungan yo-yo, kereta kawalan jauh dan kad-kad pertarungan maya kini didedahkan dengan teknik menaik taraf model Gundam yang semestinya sesuatu yang menarik dan luas untuk dipelajari semua.
Animasi Gundam untuk Gunpla! Pengiktirafan untuk kita semua hehe.
Dunia sememangnya penuh pancaroba. Manusia sentiasa diuji dengan cabaran hidup. Malapetaka gempa, banjir bah dan salji tebal silih berganti menduga manusia. Kehilangan nyawa dan harta benda menguji iman dan kesabaran. Namun Tuhan menciptakan manusia dengan akal dan keteguhan hati yang kental. Manusia tidak pernah putus asa. Semangat juang manusia ini menjadi inspirasi kepada Yushiyuki Tomino iaitu pencipta Mobile Suit Gundam untuk mencipta monumen Gundam.
|
Gundam phone home |
Pada 23haribulan Mac 2008 monumen Gundam telah dibina di stesyen keretapi Kamigusa, Jepun. Monumen Gundam RX78-2 digayakan dengan cara jari telunjuk yang menunding ke langit. Ia mengambarkan tentang harapan manusia untuk terus mara ke hadapan. Menurut Tomino ia menunjukkan mesej utama Gundam iaitu 'teknologi daripada Bumi'.
Monumen Gundam ini mengambarkan sinar harapan yang cerah untuk manusia. Ia seolah berkata walau apa pun rintangan dan ranjau yang mendatang umat manusia akan sentiasa bersedia untuk menempuhnya. Hidup mesti diteruskan. Monumen yang menakjubkan yang memungkinkan pelbagai terjemahan yang memberi inspirasi pada manusia.
|
Cendawan Atom |
|
Hiroshima sejurus selepas dibom |
Tanggal 6 & 9 Ogos 1945 akan terus diingati sebagai detik hitam dunia apabila bom atom diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki. Kehancuran akibat bom atom tersebut amat dahsyat terhadap harta benda dan nyawa. Kesan sampingan akibat pendedahan radioaktif pula berpanjangan selama beberapa generasi.
|
Si Comel pembunuh |
'Little Boy' adalah nama bom atom yang dilepaskan di Hiroshima manakala 'Fat Man' adalah bom atom yang diletuskan di Nagasaki. Nama timangan yang comel namun membunuh. Bardasarkan foto bom atom tersebut ia kelihatan kecil, ringkas dan tidak merbahaya langsung.
Sehingga kini dunia masih berdebat tentang kewajaran penggunaan bom atom tersebut. Dari satu sudut ia berjaya menghentikan Perang Dunia Ke-2 serta-merta. Namun adakah harga 230,000 nyawa yang terkorban berbaloi?
Awanz terpanggil untuk mengimbau nostalgia perit ini apabila diingatkan oleh blogger (kaymaroo) apa akan berlaku sekiranya teknologi Gundam digunakan untuk tujuan peperangan? Saiz, variasi dan rekaan senjata Gundam memang menggerunkan sekiranya ia benar-benar wujud. 'Little Boy' atau 'Fat Man' seolah mainan jika dibandingkan dengan senjata Gundam. Semakin direnungkan semakin menakutkan!
|
Little Boy @ Fat Man tak main la bro |
Tahun 2010 dunia dikejutkan dengan malapetaka besar silih berganti. Terkini Pakistan umpamanaya sedang bergelut dengan banjir terbesar dalam sejarah sehingga mengorbankan ratusan penduduk dan memusnahkan jutaan rumah. Nyawa jutaan penduduk Pakistan kini ibarat 'telur dihujung tanduk' kerana penduduknya terperangkap diatas bumbung rumah yang ditengelami banjir. Helikopter tentera Pakistan kini bertungkus lumus mengangkut jutaan penduduk yang terperangkap. Namun secara praktikalnya dengan kapasiti muatan sesebuah helikopter yang terbatas usaha pemindahan penduduk tampak mustahil.
Masalah ini hanya dapat ditangani sekiranya dunia berjaya membangun teknologi pengangkutan penyelamat yang mampu meredah pelbagai struktur mukabumi. Pengangkutan yang mampu meredah banjir, gunung , api dan rekahan gempa bumi. Teknologi pengangkutan yang juga mampu terbang dan bergerak bebas tanpa landasan berlepas yang khusus. Teknologi yang paling idealis adalah: Teknologi Robotik Gundam.
Pada November 2008 gabungan ahli ilmiah Universiti-universiti di Jepun telah menubuhkan 'Akademi Maya Gundam'. Sebilangan pakar, jurutera, astrophysicis, doktor, anthropologis dan pakar perancang bandar memerah otak bagi megkaji dan membangunkan terknologi Gundam di dunia nyata. Pakar tersebut berpendapat bahawa teknologi Gundam sebenarnya bukan khayalan tetapi hanya memerlukan masa dan kajian terperinci sebelum boleh dicapai dan diterokai oleh manusia.(sumber dari
http://www.timesonline.co.uk/tol/news/science/article5058011.ece )
|
Gundam Penyelamat bila kamu kan muncul? |
Awanz berharap agar kita dapat menyaksikan perkembangan teknologi Gundam ini. Robot Gundam sudah pasti mampu digunakan bagi tujuan murni umpamanya kerja menyelamat mangsa gempa, banjir dan kebakaran. Dengan perkembangan teknologi robotik yang semakin pantas Awanz percaya Gundam yang kita semua nantikan dan diimpikan akan tiba tidak lama lagi.
Dunia sedang menanti ketibaan robot-robot Gundam yang dikendalikan bagi tujuan menyelamat manusia dan bukannya berperang. Jangan berhenti berharap...
Rumitnya dan susahnya untuk mencari bahan rujukan bacaan bagi hobi Gunpla. Sumber bacaan berdasarkan bahasa Inggeris memang tiada dipasaran jauh sekali bahan bacaan tempatan berbahasa Melayu. Samada anda percaya atau tidak setelah sekian lama berkecimpung Awanz terpaksa membaca (sebenarnya melihat gambar) daripada majalah hobi berbahasa Jepun.
2 majalah utama rujukan adalah
Dengeki Hobby dan
Hobby Japan. Walaupun kedua-dua majalah ini berbahasa Jepun sepenuhnya dan Awanz tidak faham walau sepatah pun isi kandungannya namun ia masih lagi relevan. Relevan kerana tiada pilihan lain.
Melalui bahan bacaan Jepun tersebut ia meningkatkan kreativiti kerana pembaca perlu membuat kesimpulan isi kandungan berdasarkan foto semata-mata. Pepatah mengatakan 'gambar menceritakan beribu cerita'. Ia sangat tepat kerana melalui foto dalam m
ajalah ini Gunpla tempatan didedahkan produk terbaru model Gundam. Ia juga mengajar kaedah menaik-taraf, mengubahsuai dan mewarna Gunpla. Percayalah bahawa foto yang dipaparkan sangat menakjubkan dan merupakan nikmat kepada Gunpla.
Nyata Gunpla tempatan ketandusan bahan bacaan rujukan. Alternatif terbaik adalah merujuk blog dan laman web Gunpla lain. Namun pada Mei 2010 penyelamat hadir. Majalah tempatan berbahasa Melayu sepenuhnya berada dipasaran iaitu
Hobi Max.
Majalah ini ibarat setitis air di padang pasir. Isi kandungannya menumpukan kepada Gunpla ternama tempatan. Artikel tentang sejarah 30 tahun Gundam adalah hasil kajian terperinci dan wajar dipuji. Ia juga mendedahkan laman web dan buah tangan daripada Gunpla tempatan. Walaupun dikritik hebat kerana mutu foto dan penulisan yang kurang berkualiti Awanz tetap menyokong tindakan berani Hobi Max. Awanz percaya Hobi Max umpama bayi yang perlu diberi peluang untuk membesar.
Kepada penerbit Hobi Max per'setan'kan cacian daripada Gunpla yang jumud. Terus maju dan 'sampaikan ilmu Gunpla kepada kami walaupun sepotong ayat'.
Tanggal 24 Julai 2010 seperti yang kita semua sedia maklum model saiz sebenar RX78-2 versi ke-2 secara rasminya dilancarkan untuk tatapan umum di Shizuoka Park, Jepun. Replika Gundam setinggi 59 kaki (18 meter) ini dibina bersempena sambutan 30 tahun Gundam. Berbanding dengan model RX78 2 di Odaiba pada tahun 2009, versi ke-2 ini dilengkapi 'pedang laser' dan dibina dihadapan muzium sementara bagi memperingati 50 tahun perkembangan industri model plastik Jepun yang tertumpu di bandar Shizuoka. RX78 2 versi ke-2 tampak lebih terperinci dan kukuh dengan aura 'pelindung keamanan sejagat'. Ia akan dipertontonkan kepada umum sehingga 27 Mac 2011.
Sementara itu tidak jauh daripada Jepun sebuah negara yang sedang melonjak naik iaitu China dalam diam-diam sedang melaksanakan projek robot rahsia. Tanpa sebarang publisiti tiba-tiba pada 15 Julai 2010 telah telebih dahulu melancarkan model saiz sebenar Optimus Prime daripada siri Transformer!. Ia dibina di Green Dream Park Beijing oleh pejuang pemelihara alam sekitar. Fakta yang lebih mengagumkan adalah Optimus Prime tersebut dibina hasil cantuman bahan kitar semula seberat 6 tan yang terdiri daripada kereta, lori dan jentolak terpakai. Dengan ketinggian lebih kurang 40 kaki (12 meter), Optimus Prime tersebut kelihatan lebih lasak dan ganas. Ia tampak seolah-olah wira yang baru pulang daripada pertempuran besar setelah mengalahkan beribu-ribu musuh.
Walupun Optimus Prime tampak lebih kecil berbanding RX78-2 namun mesej yang ingin disampaikan oleh Optimus Prime adalah lebih universal iaitu kepentingan 'kitar semula' kepada dunia. RX78-2 pula membawa mesej yang tidak kurang hebatnya iaitu pencapaian manusia dalam memajukan teknologi keamanan.
Bagi Awanz maksud tersirat daripada pembinaan kedua-dua replika robot ini adalah kuasa besar dunia akan sentiasa bersaing bagi membuktikan kehebatan masing-masing. Semoga persaingan yang ditunjuk oleh Jepun dan China ini akan kekal bersifat membangun. Moga persaingan antara Zeon dengan Earth Federation tidak akan menjadi realiti di dunia ini.
Gundam memang tidak putus-putus bertempur sejak zaman berzaman. Masalah dunia tidak pernah susut dan sentiasa perlu ditangani oleh Gundam. Sebenarnya ada masanya setelah penat berjuang, Gundam berehat dan bersantai bagi menenangkan fikiran. Umum sedia maklum penawar kepada keletihan dan tension adalah;Ketawa! Hahaha. Gundam juga ada masanya bergurau senda dan menjadi pelawak. Cuma ia tidak didedahkan kepada umum.
Oleh itu Awanz dengan ini secara eksklusif menghimpunkan saat-saat lucu aksi Gundam. Saat lucu Pelawak Gundam yang dilarang daripada ditayangkan didalam mana-mana siri animasi Gundam.
|
Kena lawan Rocky @ Rambo? |
"Alamak! tersalah pakai kostume plak hari ni"
"Nasib badan... siapa suruh aku jadi sukarelawan tadika hu hu"
"Don't hate me because I'm BEAUTIFULL"
"Siapa suruh aku kalahkan semua orang jahat... sekarang dah tak ada kerja. Jadi posmen lah plak"
"Mana penasihat diet aku ni! Rosak struktur badan aku sebab terlebih protein kat bahu"
Bandai tidak pernah ketandusan idea untuk mempromosikan produk Gundam. Modus operandi Bandai adalah mengeluarkan edisi terhad Gunpla model RX78 2 dengan skema warna, rekabentuk dan pelekat yang bersesuaian dengan badan korporat yang berkolaborasi dengannya. Hasil daripada gimik gabungan ini sangat menarik kerana Gundam kini menjadi 'trademark' kepada sesuatu badan korporat tersebut untuk jangkamasa tertentu.
|
RX78 2 ver. ANA |
Antara badan korporat yang pernah bergabung dengan Bandai adalah All Nippon Airways (ANA), Seven Eleven dan PEPSI. Model aksi badan korporat tersebut adalah koleksi terhad yang sangat berharga kerana ia hanya boleh didapati dalam tempoh promosi tertentu sahaja. Gimik promosi Bandai adalah antara penyebab Gundam akan tetap relevan pada masa hadapan.
|
Kilang tunggal Bandai |
30 tahun berlalu sejak Bandai mula-mula memperkenalkan model plastik Gundam. Bermula daripada sekadar cenderamata animasi kini model plastik Gundam telah berkembang pesat menjadi satu industri. Bandai memegang hak mutlak bagi pembuatan model plastik ini. Resipi pembuatan model plastik Gundam masih menjadi rahsia. Bandai boleh berbangga kerana sehingga kini model plastik Gundam merupakan 100% produk keluaran Jepun sepenuhnya!
Setiap model plastik Gundam diseluruh pelusuk dunia berasal daripada sumber yang satu. Bandai memfokuskan proses pembuatan model ini di kilang tunggalnya yang dikenali sebagai 'Bandai Hobby Center'. Kilang yang terletak di Shizuoka ini tidak dibuka kepada orang awam langsung dan tidak boleh dilawati sewenang-wenangnya. Ini kerana Bandai menganggap ia sebagai tempat keramat kelahiran setiap model plastik Gundam bagi seluruh dunia. Bandai juga menghadkan kemasukan pelawat ke kilang ini demi memelihara suasana kerja yang memerlukan penelitian 110% pada setiap masa.
Bandai Hobby Center adalah sebuah kilang yang menyimpan segala rahsia penghasilan model plastik Gundam. Ia sangat misteri umpama Area 51 di Amerika. Rekabentuk dalaman kilang ini sangat futuristik seolah-olah anda berada didalam sebuah kapal angkasa. Pekerja kilang lengkap berpakaian seragam Earth Federation manakala peralatan membuat acuan model plastik seolah robot-robot yang berkeliaran dimerata kilang. Dengan 16 buah mesin suntikan acuan model plastik tercanggih kilang ini berupaya mengeluarkan sebanyak 70 ribu petak model plastik sehari. Setiap mutu model dijaga rapi oleh Bandai.
Polisi Bandai yang sangat berahsia tentang kaedah dan cara penghasilan model plastik ini menjadikan Gundam sebagai produk eksklusif Jepun. Setiap Gunpla yang memiliki sebarang model Gundam asli pasti berasa bangga apabila mengetahui bahawa ia adalah sebahagian daripada keluarga besar Gundam yang melata di muka bumi.
Obsesi masyarakat Jepun pada Gundam tidak berhenti pada penciptaan Gundam bersaiz sebenar di Odaiba. Mereka terus berlumba untuk menempa nama sebagai perintis Gundam pada medium yang berbeza. Sebenarnya pada 2007 sekumpulan pengukir kayu berbakat Jepun telah dilantik oleh Bandai untuk meghasilkan model terhad RX78 2 daripada kayu. RX78 2 tersebut yang setiap satunya diukir tangan. Ia dicipta dengan saiz 1:60. Kraftangan bernilai estetik tinggi ini dijual pada harga 50,400 yen (US$420-00).
Namun tidak lengkap rasanya apabila RX78 2 kayu ini dicipta bersendirian tiada berteman. Oleh itu pada 2010 sebuah syarikat pembuat mainan Bullmark telah mengeluarkan edisi terhad Zaku II yang diukir daripada kayu. Ia didatangkan dalam saiz lebih kurang 1 kaki tinggi dan dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu 99,790 yen (US$1,069-00).
|
Zaku II merah menyala |
Zaku II diukir dengan kayu merah manakala RX78 2 diukir kayu putih. Kini 2 model ini bertemu buku dengan ruas. RX78 2 bakal bertembung dengan Zaku II dalam perlawanan epik. Lengkapkan senjata dan bersedia untuk berperang. Cuma Awanz berharap tiada siapa yang akan menggunakan minyak tanah dan mancis hehe.
Hajime Katoki adalah pakar dalam rekaan mekanikal. Dilahirkan pada 1963 bakat beliau dalam penciptaan model Gundam memang tidak boleh disangkal lagi. Sifat beliau yang menekankan penelitian pada butiran terperinci dan pakar didalam menyeimbangkan pembahagian struktur rekabentuk robot telah menarik minat Bandai. Beliau telah ditugaskan untuk menaik taraf dan memodifikasikan rekabentuk Gundam.
Sebagai pengiktirafan kepada bakat beliau pihak Bandai telah mengeluarkan siri model plastik Gundam 'Ver Ka' @ Versi Katoki khusus bersempena nama Hajime Katoki. Model Ver Ka biasanya dikeluarkan dalam siri Master Grade 1/100 dan ia merujuk kepada produk dimana Katoki adalah pereka, pengarah dan pengeluar model tersebut. Ini bermakna beliau secara peribadi memantau proses pembuatan model tersebut terutama skema warna yang digunapakai. Ringkasnya Ver Ka adalah hasil tangan peribadi oleh beliau. Selain daripada itu Katoki juga aktif didalam rekaan permainan komputer antaranya 'Virtual On' dan filem animasi 'Patlabour 2'.
Rekaan Katoki sinonim dengan sifat tegap dan teguh mecha atau Gundam. Lukisan diorama Katoki memberi gambaran pada dunia bagaimana Gundam seharusnya dilihat menjelma pada bumi. Beliau bijak melahirkan ilustrasi Gundam yang seolah-olah wujud dialam nyata. Menurut beliau dengan mengambarkan Gundam dialam nyata, ia dapat membantu manusia menghayati, memahami dan seterusnya menerima kehadiran Gundam di muka bumi kelak. Berikut adalah antara hasil ilustrasi Hajime Katoki yang realistik bertahap dunia.
|
RX78 2 diselenggara di lapangan terbang |
|
Memelihara keamanan di pasar air Hong Kong |
|
Jalan di tutup: Kerja menaik taraf sedang dilakukan |
Obsesi Gundam di Jepun tidak hanya pada model plastik. Walaupun kini Jepun telah mencipta Gundam bersaiz sebenar, namun jauh di satu kawasan bandar kecil bernama Yasu di Jepun satu arca batu Gundam telah diukir dengan teliti dan lengkap. Arca batu setinggi 4 meter dan seberat 10 tan ini diukir pada tahun 2007 dan menjadi tarikan pelancong di bandar kecil Yasu, Jepun. Ia tampak teguh dan kelihatan seolah penjaga keamanan bandar Yasu.
Berbanding dengan model Gundam sebenar di Odaiba yang hanya dapat bertahan untuk pameran bagi tempoh 2 bulan sahaja, arca batu disini kekal sejak tahun 2007 lagi. Tiada siapa yang berhasrat untuk membeli arca Gundam ini walaupun ia sentiasa ditawarkan untuk dijual. Gundam batu bersempena model Gundam Freedom ini sebenarnya mempunyai kisah yang menyeramkan. Arca ini tidak diberikan harga khusus. Namun kepada sesiapa yang berhasrat untuk memiliki arca ini ketahuilah bahawa ia hanya boleh diletakkan dikawasan kubur. Ini kerana arca ini hanya akan dijual sebagai batu nesan! Pembeli arca Gundam ini mesti mati dahulu sebelum memilikinya!
Sehingga kini tiada seorang pun peminat berani mati (diehard fan) Gundam yang mempunyai keberanian untuk membeli batu nesan ini. Setelah hampir 4 tahun batu nesan Gundam ini tetap setia menanti. tuannya. Adakah anda bersedia untuk menjadi tuannya?
Ketika pencerobohan Zeon di Sektor 7 pada 0079 UC, sebenarnya Mobile Suit Zeon telah mengenalpasti pencipataan rahsia
3 model RX78-2 Gundam oleh Earth Federation. Sejurus sebelum serangan oleh Zeon dilakukan Tem Ray iaitu saintis yang membangunkan projek Gundum G sedang dalam proses memindahkan 3 model RX78-2 tersebut daripada Sektor 7 ke dalam kapal induk Earth Federation iaitu White Base.
Tindakan pantas dan serang hendap yang dilakukan oleh Mobile Suit Zeon berjaya menyekat proses pemindahan tersebut. Lebih malang lagi 2 model RX78-2 yang belum berfungsi telah berjaya dihancurkan oleh Zeon. Amuro Ray hanya berjaya mengawal dan menyelamatkan 1 model RX78-2 sahaja. Anda pasti tertanya-tanya apa yang berlaku pada 2 model RX78-2 yang hancur tersebut?
Setelah RX78-2 Amuro Ray berjaya menyekat serangan mobile suit Zeon, Earth Federation telah mengutip saki baki 2 model RX78-2 yang hancur tersebut dan dibawa ke IbuPejabatnya di Jaburo. 2 model hancur tersebut seterusnya digabungkan dan diubahsuai. Ringkasnya model tersebut dipertingkatkan keupayaannya dan dinamakan RX78-3 Gundam atau 'G-3'. Model terbaru ini lebih fleksibel dan lebih mudah untuk dikendalikan kerana sendi-sendinya dicaskan dengan 'elekro-magnetic'. Ia lebih responsif kepada tindakbalas pemandu sebanyak 30%. Rekabentuk RX78-3 sama dengan RX78-2 kecuali pada tona warna yang menggabungkan biru dan kelabu.
RX78-3 sebenarnya hanya model Gundam khusus digunakan didalam makmal bagi menguji kebolehan RX78-2. Amuro Ray hanya menggunakan model ini setelah RX78-2 dimusnahkan oleh Zeon Newtype Lalah Sune. Umurnya RX78-3 tidak panjang kerana ia seterusnya dikalahkan oleh Dom Skuad yang diketuai oleh Char's Rick.
Teknologi telefon bimbit berkembang pesat dengan pengenalan pelbagai produk dan fungsi seperti Wi-fi, GPS dan lain-lain. Terbaru adalah fungsi skrin sesentuh i-phone daripada Apple. Namun bagi peminat setia Gundam hanya ada 1 telefon bimbit yang dapat mewartakan pada dunia tentang diri anda. Sempena ulangtahun ke-30 Gundam syarikat telekomunikasi Jepun Softbank memperkenalkan telefon bimbit model 945SH G Ver. GP30.
Sekali imbas telefon bimbit ini kelihatan seperti perisai versi dipertingkat RX78-2. Ia tampak kukuh dan kental dengan warna merah menyala. Didatangkan dalam warna putih dan hitam ia adalah deklarasi teragung pada dunia bahawa anda adalah peminat setia Gundam. Telefon yang dilengkapi kamera 12.1 megapixel, paparan skrin bersaiz 3.4 inci, 'ringtone' dan perisian bertemakan Gundam ia tampak sama seperti telefon bimbit yang lain. Namun ciri menonjol yang menjadikan ia sebagai gadjet mesti dimiliki adalah; Pengecas telefon bimbit dihiasi RX78-2 bersaiz 1/100!
|
RX78-2: Penjaga dan Pengecas Telefon |
Gabungan Gundam dan Softbank jelas menghasilkan telefon bimbit ekslusif yang unik dan tidak lapuk ditelan zaman. Walaupun spesifikasi yang ditonjolkan tidak secanggih Apple i-phone namun ciri-ciri sampingan seperti rekabentuk dan stiker jelas menjadikan ia bukan sekadar telefon bimbit. Ia adalah 'collectors item' dan satu legasi.
Siri animasi Gundam membawa kita ke alam futuristik fantasi tahun 0080 Universal Century. Kita dihidangkan dengan imaginasi cara hidup manusia di koloni angkasa lepas atau diatas kapal induk. Kecanggihan teknologi, uniform beragam, gadget dan segala hiasan dalam animasi tersebut kini boleh dirasai sendiri dengan berkunjung ke Kafe Gundam.
Kafe yang dilancarkan pada 24 April 2010 oleh Bandai Ltd Co dibuka kepada orang ramai khususnya peminat animasi Gundam. Daripada struktur binaan, hiasan perabot sehinggalah peralatan makanan semuanya bertemakan kehidupan di koloni angkasa lepas Earth Federation. Menu makanan ala barat yang disajikan pula berdasarkan watak antagonis dan protagonis Gundam umpamanya Amuro Rey pilot launch set,. Lebih menarik lagi pelayan kaunter dan pekerja kafe juga mengenakan uniform rasmi Gundam.
Sambil menikmati juadah anda boleh menonton siri animasi Gundam yang ditayangkan menerusi skrin besar dipelbagai sudut kafe Secara alternatif anda boleh juga mencuci mata dengan memerhatikan model Gunpla yang dihiasi pada dinding kafe. Ringkasnya jika anda ingin merasai kelainan 'meng-teh' dengan bersantai seumpama anggota Earth Federation, sila berkunjung ke Gundam Cafe di Akhibara, Tokyo.
|
JOM Meng-TEH di Gundam Cafe! |