Obsesi masyarakat Jepun pada Gundam tidak berhenti pada penciptaan Gundam bersaiz sebenar di Odaiba. Mereka terus berlumba untuk menempa nama sebagai perintis Gundam pada medium yang berbeza. Sebenarnya pada 2007 sekumpulan pengukir kayu berbakat Jepun telah dilantik oleh Bandai untuk meghasilkan model terhad RX78 2 daripada kayu. RX78 2 tersebut yang setiap satunya diukir tangan. Ia dicipta dengan saiz 1:60. Kraftangan bernilai estetik tinggi ini dijual pada harga 50,400 yen (US$420-00).
Namun tidak lengkap rasanya apabila RX78 2 kayu ini dicipta bersendirian tiada berteman. Oleh itu pada 2010 sebuah syarikat pembuat mainan Bullmark telah mengeluarkan edisi terhad Zaku II yang diukir daripada kayu. Ia didatangkan dalam saiz lebih kurang 1 kaki tinggi dan dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu 99,790 yen (US$1,069-00).
Zaku II merah menyala |
Zaku II diukir dengan kayu merah manakala RX78 2 diukir kayu putih. Kini 2 model ini bertemu buku dengan ruas. RX78 2 bakal bertembung dengan Zaku II dalam perlawanan epik. Lengkapkan senjata dan bersedia untuk berperang. Cuma Awanz berharap tiada siapa yang akan menggunakan minyak tanah dan mancis hehe.
2 comments:
byk jgak maklumat yg menarik psl gundam ni, aku pun x brapa tau sgt hmm..
Kita sama-sama kongsi info tentang minat yang sama bro. Semakin kita kenal Gundam semakin kita cinta Gundam hehe. Betul tak hehe
Post a Comment